IPOH
– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) mengawal hanya enam barangan keperluan – gula, minyak masak,
tepung gandum, gas tong petroleum cecair (LPG), minyak petrol dan
diesel.
Pengarah
Bahagian Gerakan Kepenggunaan KPDNKK, Mohd Bakri Ibrahim berkata, oleh
itu rakyat tidak harus menyalahkan kementeriannya jika berlaku kenaikan
terhadap barangan keperluan yang bukan di bawah kawalan KPDNKK.
“Dari segi teori ekonomi, harga sebenarnya ditentukan oleh pasaran permintaan dan penawaran.
“Sekiranya
pemintaan meningkat maka harga barangan meningkat dan kerajaan tidak
boleh mengawal harga barangan tersebut kerana perkara itu menyalahi
teori ekonomi,” katanya pada majlis perasmian penutup pertandingan
Cabaran Interaktif Pengguna-Kelab Pengguna Sekolah (CIP-KPS) di sini,
hari ini.
Seramai 216 pelajar mewakili 54 buah sekolah di seluruh Perak menyertai pertandingan yang masuk kali ketujuh tahun ini.
Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kerian Semanggol muncul johan dalam
pertandingan itu manakala SMK Anderson, Ipoh, dan SMK Dato Ahmad,
Lenggong masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan