Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: “Jangan buat tuduhan liar, kemukakan bukti jelas.”
Itu cabaran Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal kepada Pengarah
Komunikasi Amanah Khalid Samad yang mendakwa Umno-PAS menjalin
kerjasama politik.
Zainuri menyifatkan tuduhan yang dibuat oleh Khalid hanya mencerminkan
kebimbangan Amanah terhadap nasib parti itu dan Pakatan Harapan
sekiranya kerjasama itu memang wujud.
"Kalau sekiranya dia (Khalid) ada bukti mengatakan kalau PAS dan Umno
ini ada satu usaha kerjasama politik, mestilah ada satu bukti yang
konkrit. Jangan dia main cakap begitu sahaja sedangkan kita pun tiada
apa-apa.
"Sekiranya pun Umno dan PAS ada hubungan ataupun ingin bekerjasama,
apa masalahnya? Apa yang jadi? Adakah ia satu ancaman ke pada dia,"
katanya ketika dihubungi Antarapos.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan Khalid sewaktu pembentangan
pindaan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (Akta
355) Khamis lalu bahawa kerjasama PAS-Umno sememangnya wujud.
Zainuri menambah katanya setakat ini tiada ura-ura dalam barisan
pimpinan Umno mengenai kerjasama politik dengan PAS untuk menghadapi
Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Bagaimanapun dua parti itu kerap menyatakan kesediaan untuk
bekerjasama dalam perkara-perkara yang boleh memperkukuhkan perpaduan
ummah dan syiar Islam di Malaysia.
"(Daripada apa) saya tahu, setakat ini tiada apa-apa perbincangan
secara spesifik untuk hubungan (politik) di antara Umno dan PAS.
Di minta mengulas mengenai ahli Parlimen Umno yang dilihat memberi
peluang dan sokongan kepada parti Hadi semasa pembentangan Akta 355
seperti yang didakwa Khalid, Zainuri berkata tindakan berkenaan hanya
atas dasar semangat setiakawan dan bukan bersifat kepartian.
Beliau berkata Ahli Parlimen kerajaan sudah tentu akan masuk campur
dalam keadaan pembangkang menimbulkan provokasi dan menjejaskan
pembentangan usul.
" Kita faham bahawa dikalangan orang-orang pakatan ini dia suka buat
provokasi. Dia suka mengacau setiap pembentangan, hujah siapa juga yang
sedang lakukan ucapan ataupun perbentangan. Mereka ini suka kacau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan