Oleh Ahmad Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Amanah terus menyatakan ketidakpuasan hati terhadap usul
persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah
Syariah) (Pindaan 2016) atau Akta 355 yang dibawa PAS, Khamis lalu.
Pengerusi Amanah Selangor, Izham Hashim mengulangi hujah pemimpin
pembangkang yang lain bahawa usul itu sepatutnya dibawa kerajaan
bukannya PAS.
"Mengapa mesti parti pembangkang pula yang membawa usul tersebut secara
persendirian yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang
memerintah.
"PH dari awal sudah konsisten tentang pendirian kami dalam isu ini,
pertama kita dah cakap yang (Akta) 355 adalah kerajaan yang memerintah.
"Maka ini adalah tanggungjawab mereka untuk menambah baik sistem dan
keperluan insititusi yang sedia ada termasuk Mahkamah Syariah dan
mahkamah lain-lain" katanya ketika dihubungi Antarapos.
Khamis lalu, ketika Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
bangun untuk membentangkan usul bagi meminda Akta 355, beliau
dilengah-lengahkan beberapa ahli Parlimen pembangkang.
Malah, selepas beliau selesai membentangkan usul itu, PAS terus menjadi sasaran sindiran dan kritikan pembangkang.
Izham ketika ditanya apakah yang tindakan susulan Pakatan Harapan (PH)
berkata pihaknya akan berbincang dengan lebih terperinci mengenai usul
tersebut.
"Kita tiada masalah untuk berbincang dan tidak akan timbul isu kita tolak atau terima cuma kita perlu berbahas.
"Pada pandangan kami, baik atau buruk kita tetap akan terima" ujar beliau.
Ujarnya, pemimpin PH perlu bersedia untuk membahaskan usul tersebut pada sidang Parlimen Julai akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan