Rabu, 9 Mac 2016

Tun M berhak kekal atau tinggalkan GLC – Ku Li

Mahathir mempunyai pertimbangan dan pandangan atas setiap keputusan yang beliau lakukan.


kuli,mahatnir


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyak hak untuk kekal atau melepaskan jawatan dalam syarikat atas lantikan kerajaan.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Dr Mahathir mempunyai pertimbangan dan pandangan atas setiap keputusan yang beliau lakukan.

“Dia mempunyai hak untuk kekal atau melepaskan jawatannya. Dia juga pasti mempunyak perkiraan dalam setiap keputusan yang diambil,” ujarnya ketika ditemui pemberita, di Parlimen, hari ini.

Semalam, Anggota Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur menggesa Dr Mahathir melepaskan jawatan yang kini disandangnya atas lantikan kerajaan.

Desakan berkenaan dibuat selepas Dr Mahathir tidak lagi mempunyai kepercayaan terhadap kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu, Tengku Razaleigh atau Ku Li menyatakan tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Ahmad Said itu berlaku disebabkan Ahmad sudah hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

“Sebab dia (Ahmad) tidak percaya lagi. Saya juga tidak tahu serta saya tidak berjumpa dengan dia pun,” kata beliau lagi.

Ku Li berkata, tindakan Ahmad itu akan memberikan kesan kepada UMNO memandangkan parti Melayu itu kini menjadi perhatian berikutan polemik Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Tiada ulasan: