Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menamakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali layak menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, pemimpin berkenaan dilihat berkemampuan mentadbir kerajaan rakyat selepas Najib disingkirkan sebagai perdana menteri.
“Saya percaya Anwar Ibrahim, Mahathir boleh jadi perdana menteri.
“Muka baru seperti Azmin Ali, dia pemimpin yang bagus, saya rasa orang-orang dari Parti Amanah Negara (Amanah) pun ok. Dalam Umno pun ada,
Tan Sri Muhyiddin juga ada,” katanya dalam temuramah bersama Malaysiakini, FMT dan Berita Daily.
Bagaimanapun katanya, beliau hanya memberikan contoh kerana terlalu banyak individu yang dilihat layak bagi menggantikan Najib.
“Ada banyak talent (yang layak) tapi bukanlah untuk saya yang melantiknya,” katanya.
Katanya, seorang perdana menteri seharusnya dipilih oleh kumpulan yang tidak lagi mahu Najib dan Timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berada ditampuk kepimpinan negara.
Sebelum ini, Zaid berkata Dr Mahathir harus diberikan peluang untuk membentuk kepemimpinan baru bagi sama-sama menyelamatkan negara ini.
Sementara itu Zaid ketika ditanya adakah Umno perlu dibubarkan berkata, Najib sendiri harus berundur dari parti Melayu itu.
Katanya lagi untuk mencapai matlamat itu, pihak yang menentang kepimpinan Najib haruslah bersatu agar dapat mengalahkan Umno dalam pilihanraya akan datang.
"Kita perlu melalui, dan menang dalam PRU. Jadi gabungan (yang menentang Najib) ini perlu cukup kerusi...Untuk itu semua pihak ini perlu bersatu," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan