KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
bersetuju kerajaan campur tangan berhubung urusan mengawal harga rumah
untuk kebaikan golongan berpendapatan rendah.
"Saya setuju kerajaan campur tangan urusan kawal harga rumah...tidak
biarkan dikuasai kuasa pasaran untuk kebaikan golongan berpendapatan
rendah," katanya dalam laman Twitter beliau, semalam.
Pada Rabu, Ahmad Zahid berkata kerajaan bersetuju meneliti semula Dasar
Perumahan Negara terutama berkaitan aspek harga hartanah itu yang
dicadang ditentukan kerajaan, bukan semata-mata oleh aktiviti permintaan
dan penawaran dalam pasaran.
Ahmad Zahid berkata kerajaan menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan boleh melakukan kawalan harga secara
berhemah dengan mengambil kira elemen-elemen tertentu seperti lokasi dan
jenis rumah.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk
Abdul Rahman Dahlan pada Rabu lalu juga turut mengumumkan kementerian
itu akan memperkenalkan dua pendekatan baharu dalam membangunkan rumah
mampu milik.
Abdul Rahman berkata pendekatan itu akan membolehkan lebih ramai rakyat
berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah sendiri, selain
mengurus secara efektif penawaran dan permintaan rumah jenis itu di
pasaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan