Khamis, 10 Mac 2016

Ahmad Said tak hadir sidang DUN hari ini

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang membentangkan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar gagal muncul pada persidangan yang bersambung pada hari ini.
 
Bagaimanapun hasratnya untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka akan diteruskan oleh 14 ADUN PAS dan seorang wakil rakyat PKR.
 
Semalam Ahmad yang juga bekas menteri besar membawa usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif.
 
Bagaimanapun usul berkenaan ditolak Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong kerana tidak memenuhi syarat.
 
Wakil rakyat pembangkang juga memberi tekanan kepada Speaker berhubung usul tersebut.
 
Sementara itu di luar Dewan, kira-kira 300 ahli Umno dan orang ramai berkumpul untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Ahmad Razif.
 
 

Tiada ulasan: