Khamis, 10 Mac 2016

KPT buka permohonan pengajian ke Timur Tengah sesi 2016/2017

BERNAMA


permohonan  lanjut pengajian dibuka bagi Mesir, Jordan dan Morocco sehingga 29 April depan.permohonan lanjut pengajian dibuka bagi Mesir, Jordan dan Morocco sehingga 29 April depan.


Permohonan biasiswa di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi  Malaysia akan dibuka mulai esok sehingga 18 Mac ini bagi pelajaryang ingin menyambung pengajian di Timur Tengah termasuk Mesir, Jordan dan Morocco bagi sesi 2016/2017.

Keementerian dalam satu kenyataan menyebut permohonan secara atas talian akan dibuka pada 4 Mac jam 12 tengahari.

Manakala Manakala borang permohonan dalam talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 April 2016 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco adalah khusus bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi.

Permohonan hanya diproses oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sahaja.

Oleh itu, semua permohonan perlu melalui dalam talian dan dokumen yang lengkap dihantar kepada KPT.

Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPT tidak melantik mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi di talian 03-8870 6226/6627 atau menerusi laman sesawang https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah

Tiada ulasan: