Oleh Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin PAS Terengganu membidas sikap beberapa
bekas pemimpin utama parti yang sanggup 'menggadai' prinsip serta
pegangan dengan menubuhkan parti baru hanya kerana mengejar kuasa dan
jawatan.
Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Terengganu Azman Shapawi Abdul Rani berkata
sikap ditonjolkan bekas pimpinan pusat yang tewas dalam pemilihan parti
Jun lalu amat dikesali.
Selain itu, beliau juga menganggap keadaan berkenaan tidak
menggambarkan imej PAS sebagai sebuah parti yang konsisten malah
menimbulkan persoalan dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi.
"Sepanjang muktamar yang saya lihat sebelum daripada ini semua pemimpin
yang kalah tidak pernah mengambil sikap lari daripada perjuangan
ataupun mereka menubuhkan parti lain.
"Sebagai contoh Allahyarham ustaz Abu Bakar Chik pernah kalah
bertanding naib presiden, Datuk Mustaffa Ali pernah kalah, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man pernah kalah beberapa kali, saya pun pernah kalah dan
ramai lagi," katanya kepada Antarapos.
Tegas Azman Shapawi, perubahan barisan pucuk pimpinan adalah perkara
biasa dalam mana-mana organisasi dan ia ditentukan perwakilan yang akan
menilai setiap calon bertanding.
"Tetapi kita mengambil sikap kekalahan kita itu mungkin ada kelemahan
menyebabkan perwakilan tak sokong kita dan kita kena muhasabah serta
perbaiki diri.
"Kita jangan mengambil sikap bila kita tidak duduk sebagai pimpinan
utama di peringkat pusat maka kita sudah tidak ada peranan di mana-mana
peringkat," katanya.
Menurutnya, jika kepimpinan gagal melaksanakan tanggungjawab dalam
tempoh tersebut, sudah tentu perwakilan akan membuat sesuatu pada
penggal akan datang.
Azman Shapawi berkata demikian bagi mengulas mengenai sesetengah
pemimpin yang kalah terutama dari kumpulan progresif, yang masih
mengkritik kepimpinan PAS secara terbuka walaupun pemilihan sudah
sebulan berlalu.
Kekalahan dalam pemilihan PAS itu menyaksikan kumpulan bekas pimpinan
digelar G18 bakal bergabung dengan (PasMa) dalam usaha menggerakkan
penubuhan sebuah parti baru.
Kumpulan G18 diterajui bekas Timbalan Presiden PAS yang tewas Mohamad Sabu manakala PasMa dipimpin Datuk Phahrolrazi Zawawi.
G18 turut dibarisi bekas Naib Presiden Salahuddin Ayub yang dilantik sebagai timbalan pengerusi
manakala bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kayat sebagai penolong setiausaha.
Masih banyak tugas boleh dilakukan di peringkat lebih rendah
Ujar Azman Shapawi lagi, tiada istilah merajuk dalam politik kerana
ruang serta peluang mengisi jawatan parti tetap ada meskipun di
peringkat negeri atau akat umbi.
"Kalau kita tak boleh duduk peringlat pusat, kita bekerja di peringkat
negeri...kalau negeri kita tidak ada tugas yang besar maka kita bekerja
di peringkat kawasan.
"Kalau kawasan pula kita tidakl diberilan peranan yang utama, kita
kerja di peringkat cawangan sebab semua tempat itu adalah kita bekerja
untuk Islam," katanya.
Justeru beliau menyifatkan tindakan bekas pemimpin untuk menubuhkan
parti baru tidak menunjukkan semangat kesetiaan dan keihlasan kepada
prinsip parti.
"Bukan cari satu masalah bila tak pegang peringkat pusat kita mesti
buat kumpulan lain seolah-olah tidak ada tugas kita dalam jemaah
islamiyah," katanya.
4 ulasan:
PAS BUKAN AGAMA
Nasharrawy Rawaan JUSTERU PAS BUKAN SEBUAH AGAMA TETAPI PARTI YANG MENUJU KEPADA Ad-dEEN . TETAPI PAS BUKAN Ad-dEEN . JUSTERU DI BOLEHKAN PIHAK LAIN JUGA PERJUANGKAN ISLAM SPT ABIM , JEMAAH TABLIGH ATAU PUN ARQAM VERSI BARU IKUT ISLAM ! KERANA LAPANGAN PERJUANGAN ISLAM ITU CUKUP LUAS ! JUSTERU , ULAMAK BAIK ,PASM BAIK , PUM BAIK ; SEMUANYA TIADA MAKSUM DAN BOLEH DITEGUR JIKA BIKIN SILAP ; CONTOHNYA PENDAPAT DR ASRI SENDIRI ADA IKTILAF OLEH ULAMAK LAIN ! KERNA ILMU " DIA' ITU LUAS KERNA DIA TIADA MAHU ULAMAK DAN AMIR JADI EGO ! , SOMBONG DAN BONGKAK; KALAU KITA PANDAI ADA YG LEBIH PANDAI KERNA HANYA " DIA " SAJA YANG " ALIMUN ! INILAH BASIS PENULISAN ISLAM ; PENULISAN UKRAWI !! DENGAN IZIN "DIA " . " ALLA HU AKBAR! " .
Oleh : Nash Ar-Rawy/26.6.15 www.nasharrawy.blogspot.com
UMNO'S ENTRAPMENT OF HUDUD GAME A SUCCESS HAY WIRE PAS N DESTROYED PAKATAN ! CONGRAT MULTAQA ULAMA
UMNO'S ENTRAPMENT OF HUDUD GAME A SUCCESS HAY WIRE PAS N DESTROYED PAKATAN ! CONGRAT MULTAQA ULAMA
Nasharrawy Rawaan UMNO ENTRAPMENT OF HUDUD SUCCESS MANIPULATED PAS UNTIL D PARTY IS HAY WIRE N DESTROYED PAKATAN AS WELL ! ; D GAME IS OSO BEING PLAYED BY " UMNO'S TROJAN HORSE IN PAS! ; AZAZIL , " MUSANG BERJANGGUT " D SO CALLED ULAMAK ( SU' ) ; SNEAKERS , INSTIGATORS N UMNO ADDICTS MISUSED D PLATFORM OF MULTAQA ULAMAK ! USING DAP ISSUE 2 WIN OVER ALL D POSTS IN PAS ! BY FITNAH TOWARDS D PROFESSIONALS N ACTIVISTS IN PAS ! AS " JEBON " SECULARISTS N LIBERALS ! ; WITHOUT STRICT PROOFS ! ; WHERE'S D " AKHLAK " OF ULAMAK !! WHEN THEY 'VE WON TRYING 2 WIN BACK DAP USING PAS NEW ELECTION DIRECTOR( MUSTAFFA ALI ) !! WHAT A DIRTY GAME; DIRTIER THAN UMNO! 4 POSTS DARED 2 DISCREDIT N DEGRADED SAHABAT N FITNAH AS WALA' 2 PAKATAN NOT D ULAMAK ! NOW WHAT HAPPENED ; SHOWING THEIR TRUE COLORS ! OF " POS ! ( PARTI OS-TADZ SEMALAYSIA ! ); UMNO'S POSMAN! ; WHEN PAS BEING BITTEN TWICE BY D SAME SNAKE WHEN TOK GURU NIK AZIZ PASSED AWAY ! ; AS POS ! By: Nash Ar-Rawy/19.6.15 www.nasharrawy.blogspot.com
Azman saparwi... mcm sedih je....
Azman saparwi... mcm sedih je....
Catat Ulasan