Sabtu, 25 Julai 2015

Tidak berasas Nabi hadir dalam majlis selawat

SINAR HARIAN


DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


KANGAR - Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah memutuskan sebagai tidak berasas dakwaan sesetengah pihak kononnya Nabi Muhammad SAW hadir dalam majlis selawat.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dakwaan melihat jasad Nabi Muhammad pada zaman sekarang secara jaga (yaqazah) adalah tertolak sama ada dalam bentuk hakiki ataupun roh selepas kewafatan baginda.

"Ia tidak pernah dinukilkan melalui riwayat yang sahih berlaku kepada sahabat-sahabat baginda," tegas beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, dakwaan seumpama itu yang terdapat dalam You Tube sejak kebelakangan ini adalah dakwaan yang diragui dan ditolak oleh para muhaqqiqin (pencari kebenaran) seperti Al-Nawaei, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir dan Ibn Hajar Al-Asqalani.

“Begitu juga dengan dakwaan bahawa bacaan tertentu boleh menghadirkan Nabi Muhammad SAW ke dalam sesuatu majlis juga adalah tidak berasas,” katanya. - Bernama


Tiada ulasan: