KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mempertahankan
tindakan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewujudkan sumpah
bai'ah mengandungi talak tiga kepada wakil rakyat Pas di negeri ini.
Beliau berkata, sumpah yang dibuat jelas dan mereka yang masih keliru boleh merujuk kepada pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhamad yang dikeluarkan oleh media baru-baru ini.
“Banyak hujah mengenainya, kita hormati pandangan-pandangan itu sama seperti kita hormati apa yang dilakukan oleh Tok Guru, beliau telah mengkaji baik dan buruk sumpah bai’ah yang mungkin waktu itu ia dibuat untuk tujuan tertentu.
“Malah wakil rakyat Pas tiada masalah dengan perkara itu rumahtangga mereka kekal baik, aman damai dan bahagia sehingga kini,” katanya selepas merasmikan Bangunan Akademik Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), di sini, hari ini.
Baru-baru, Ahmad telah menegaskan perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri tersebut sejak 2004.
Isu ba'iah Pas menjadi topik hangat apabila wujud di kalangan wakil rakyat Pas yang menyatakan hasrat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), mutakhir ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan