MALAYSSIAKINI
Seramai 19 orang senator Amerika Syarikat daripada kedua-dua parti,
Democrat and Republican, menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan
kedudukan Malaysia meningkat dalam senarai pesalah pemerdagangan orang
negara itu.
Perkara itu dinyatakan dalam surat kepada Setiausaha Negara John Kerry pada Rabu.
Dalam surat itu, yang salinannya diperoleh Reuters, mereka
menyatakan kebimbangan peningkatan itu, yang boleh menjejaskan usaha
antarabangsa untuk membanteras kegiatan penyeludupan orang.
Reuters minggu lepas melaporkan terdapat usaha untuk menurunkan
kedudukan Malaysia, yang dilihat bagi memudahkan laluan untuk rundingan
perdagangan bebas dengan negara-negara di Asia Tenggara dan 11 lagi
negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan