Oleh TheAntdaily
Jadi sekarang beritanya telah tersebar. Penerbitan perniagaan dan pelaburan yang berpangkalan di AS, Wall Street Journal menyatakan bahawa 1MDB telah memindahkan hampir AS$700 juta (kira-kira RM2.6 bilion) ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2013. Pemindahan itu dikatakan telah berlaku beberapa hari sebelum PRU13 tahun itu.
Sebuah
panel pasukan petugas dengan empat anggota telah pun ditubuhkan untuk
menyiasat dakwaan tersebut. Pasukan petugas itu dilaporkan telah
membekukan 17 akaun bank untuk memudahkan siasatan. Walau bagaimanapun,
tiada akaun bank ini dikatakan dimiliki Najib.
Ahli-ahli
pasukan ini adalah Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz, Peguam Negara
Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar, dan ketua
pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Abu Kassim Mohamed.
Jika
dakwaan ini benar, adalah tidak munasabah bahawa perbuatan sekeji ini
terlepas tanpa hukuman. Ia adalah satu pengkhianatan terhadap amanah
yang dipegang oleh lelaki berjawatan tertinggi di negara ini.
Tetapi
jika tuduhan tersebut didapati tidak benar, maka Najib pasti telah
menjadi mangsa kempen fitnah yang kejam.
Dalam
responsnya, Najib hanya menyatakan bahawa beliau tidak pernah
menggunakan mana-mana dana untuk "kepentingan peribadi". Tetapi
ketiadaan penafian dan kecaman beliau terhadap pendedahan Wall Street Journal,
telah menyebabkan desas desus tercetus mengenai masa depan politiknya.
Ada yang membuat spekulasi bahawa wang itu mungkin telah digunakan
untuk "membeli undi" dalam PRU13.
Apa
sahaja keputusan akhir siasatan, kewibawaan Najib telah remuk. Ia
mungkin sukar untuk dipulihkan. Ramai pihak kini membandingkan keadaan
Najib dengan skandal Watergate yang menyebabkan Presiden Amerika
Syarikat, Richard Nixon meletakkan jawatan pada tahun 1974.
Ia
berkisar tentang integriti. Ia adalah topik yang hangat diperkatakan
pada bibir semua orang sejak dakwaan skandal ini timbul. Menariknya,
pada 20 Februari 2013, Najib telah menandatangani Ikrar Integriti
Pilihan Raya Transparency International.
Melalui
ikrar ini, Najib dan kerajaan komited untuk "menegakkan integriti dan
mengukuhkan komitmen agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya
dalam PRU13 akan datang.
Selepas
menandatangani ikrar itu, Najib kemudiannya menulis: "Saya percaya
sebagai pemimpin BN saya perlu menetapkan nada yang lantang. Hanya
seorang calon yang dianggap telah berjuang secara bersih dan adil dalam
pilihan raya akan membawa kepada sebuah kerajaan yang boleh dipercayai
dan dihormati oleh rakyat. "
Ironis, jika dilihat dari apa yang berlaku beberapa hari lalu.
Adakah
sesiapa yang masih percaya terhadap Najib pada masa ini ini? Jika
beliau tidak menggunakan wang tersebut untuk "kepentingan peribadi",
adakah wang ini digunakan untuk tujuan bukan peribadi, bagi membantu BN
memenangi pilihan raya?
Mengapakah
begitu banyak wang tunai telah dipindahkan ke dalam sebuah akaun
individu? Begitu banyak persoalan. Namun tiada jawapan.
Satu perkara yang pasti adalah, sama ada Najib adalah mangsa atau dalangnya, kewibawaan beliau telah hancur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan