BERITA SEMASA
Rombakan Kabinet 2015 Malaysia : Menteri Kabinet Yang Patut Disingkir dan Ditukar Potfolio? Ada Cadangan?
Jikalau menteri kabinet di negara maju
dan besar seperti Jepun dan Amerika Syarikat hanya mempunyai 16 dan 18
menteri sahaja, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet, United
Kingdom dengan 23 menteri kabinet mereka, manakala negara India yang
memilik penduduk sejumlah 1.1 bilion mempunyai 32 menteri kabinet
sahaja.
Jadi, mengapa Malaysia hanya sekadar
negara membangun dengan penduduk sekitar 30 juta sahaja berlagak mewah
membelanjakan pembayar cukai untuk menanggung sejumlah 35 menteri
kabinet?
Mengapa?
Adakah mereka ini benar-benar membela
rakyat sehingga berjaya mengangkat nama dan ekonomi Malaysia melonjak ke
paras yang begitu membanggakan? Atau sebenarnya bertujuan untuk
menyuapkan mereka ini bagi memberikan peluang seramai mungkin kuasa atas
nama kapasiti pemimpin politik? Adakah perbelanjaan boleh guna rakyat
semakin baik?
- Untuk apa Malaysia perlu ada sehingga 2 menteri kewangan?
- Perdana Menteri tidak perlu pegang jawatan kepada Menteri Kewangan
- Mengapa begitu ramai dilonggokkan di Menteri di Jabatan Perdana Menteri?
Punca Rombakan Kabinet 2015 Malaysia?
Berita terkini yang Berita Semasa
perolehi, dijangka rombakan kabinet 2015 Malaysia akan berlaku tidak
lama sahaja lagi iaitu selepas hari raya 2015. Apa punca dan sebab rombakan kabinet 2015 Malaysia tidak dapat ditunggu Datuk Seri Najib Razak lagi?
- Meningkatkan kembali keyakinan anda semua terhadap menteri kabinet yang ada selepas ini
- Menggantikkan menteri kabinet yang lebih bertenaga dan segar
menukar menteri kabinet yang acapkali dilihat playsafe ketika memegang jawatan menteri
Cuba lihat di bawah ini bandingkan saiz
menteri kabinet malaysia dengan menteri kabinet di Zimbabwe dan Uganda?
Dan semak juga saiz menteri kabinet di sebuah negara yang menjadi
pengeluar kereta mewah seperti Mercedez, Audi, BMW
dan Porsche…..berbanding Malaysia
Persoalannya menteri manakah yang bakal
menjadi sasaran Datuk Seri Najib Razak untuk digantikan dan ditukarkan
portfolio dalam edisi rombakan kabinet 2015 malaysia kali ini. Apa
cadangan anda?
P/S : Sebenarnya kewujudan kementerian
dan menteri adalah bertujuan untuk melancarkan dan melicinkan
pentadbiran dalam menguruskan negara bukannya memberikan ganjaran kepada
kalangan kawan-kawan anda yang menang. Jangan belanjakan duit pembayar
cukai sesuka hati anda. Sebagai peringatan bersama kepada yang sedang
berkuasa, dan yang bakal berkuasa kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan