shahbudindotcom
Sebuah
NGO baru dan kurang dikenali, Citizens For Accountable Governance
Malaysia atau CAGM tampil dengan dakwaan yang mengejutkan berkaitan
Najib Razak yang didakwa menerima wang berkaitan 1MDB ke dalam akaun
peribadinya.
Berdasarkah
dokumen mahkamah yang didakwa ada dalam simpanan mereka, NGO itu
mendakwa berjuta-juta ringgit telah disalurkan daripada akaun bank milik
Perdana Menteri itu kepada parti-parti komponen BN menjelang PRU 13
yang lalu.
Dakwaan
ini seakan mengesahkan lagi bahawa akuan bank Najib Razak di Ambank
sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal adalah benar-
benar wujud.
Jika
sebelum ini pasukan petugas khas hanya mengesahkan akaun bank tersebut
wujud, cuma sudah ditutup, NGO ini lebih ke depan dengan mendakwa turut
menyiimpan dokumen mahkamah yang membuktikan bagaimana sebahagian wang
daripada akaun Najib itu dibelanjakan.
Dengan
ini, NGO yang baru-baru ini turut menawarkan ganjaran RM1 juta kepada
sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai kehilangan wang negara
ketika era pentadbiran Tun Mahathir, sewajarnya turut disiasat oleh
pasukan petugas khas terbabit.
Walaupun
Pengerusinya Md Zainal Abidin turut menyalahkan Tun Mahathir melalui
pemberian bantuan kewangan yang disifatkan "sistem melancar" kepada
parti-parti komponen BN, NGO ini perlu diambil keterangannya berkenaan
maklumat yang mereka ada.
Katanya,
sistem melancar dan "back up" parti- parti komponen dengan wang ini
adalah diperkenalkan oleh Tun Mahathir dan Najib kini terpaksa
menanggungnya bagi memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya.
Selain
itu, beliau yang mendakwa parti-parti komponen menerima RM30 hingga
RM50 juta, parti-parti yang mesra BN serta NGO juga turut menerima
sumbangan kewangan daripada Najib antara RM1 juta hingga RM8 juta setiap
satu.
Dengan
menyiasat CAGM ini, ia mungkin menjadi pelengkap kepada siasatan yang
sedang dijalankan oleh pasukan petugas khas terhadap Perdana Menteri.
Antara
perkara yang perlu dipastikan ialah apakah dokumen mahkamah itu sahih
dan bagaimana ia boleh berada dalam simpanan NGO tersebut?
Kiranya
benar dokumen mahkamah itu sahih, ia adalah petunjuk yang pasti
menyukarkan lagi untuk Najib menafikan kewujudan pengaliran wang masuk
ke dalam akaunnya sebagaimana yang didakwa oleh WSJ lebih seminggu yang
lalu.
Kiranya tidak benar pula, CAGM sudah dipasti boleh didakwa kerana membuat tuduhan palsu terhadap Perdana Menteri.
Tetapi
jika pasukan petugas khas tidak menyiasat CAGM pula, ia bermakna
seolah-olah mereka cuba melindungi dalam penyiasatan yang dijalankan.
Segalanya
kini terpulang kepada pasukan petugas khas membuat keputusannya, namun
dengan CAGM secara terbuka membuat pendedahan ini, ia adalah tawaran
terbuka agar mereka turut disiasat dan diambil keterangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan