MSO
Bekas
Naib Presiden Pas, Husam Musa hari ini menggesakan Muhyiddin Yassin
mengambil alih pentadbiran negara sesegara mungkin daripada tangan Najib
Razak.
Sehubungan itu juga Husam menggesa semua pihak melakukan sesuatu agar
Najib berundur demi untuk menyelamatkan negara daripada menjadi lebih
teruk.
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada blog ini sekejap tadi, Husam
menyebut; negara kini benar-benar dalam keadaan sangat kritikal pertama
kali seumpamanya apabila Perdana Menteri selaku ketua pengurus negara
dilingkari tanda-tanda penyalahgunaan kuasa yang amat dahsyat.
Tegas Husam kenyataan berani oleh Peguam Negara pada
Sabtu lepas yang mengaku sudah melihat dokumen berhubung penyelewengan
dikatakan membabitkan Najib dan mengarah siasatan dijalan sudah cukup
untuk Najib berundur.
Dalam pada itu Adun Salor itu juga mencadangkan Muhyiddin segera
menghadap Yang diPertuan Agong bersama Peguam Negara dengan membawa
bersama dokumen berkaitan penyelewengan membabitkan Najib.
Berikut adalah kenyataan penuh Husam;
Muhyidin Perlu Segera Ambil Alih Negara
Negara kini benar-benar berada dalam keadaan sangat kritikal pertama
kali seumpamanya.Ketika Perdana Menteri selaku ketua pengurus negara
dilingkari tanda-tanda penyalahgunaan kuasa yang amat dahsyat, kemudi
negara untuk membetulkan keadaan itu masih di tangan beliau sendiri.
Tidak
mungkin pembetulan untuk meletakkan negara kembali ke landasan
keluhuran undang-undang sebagai kunci perjalanan kerajaan di atas dasar
jujur dan amanah serta menjamin keamanan dan kedaulatan negara dapat
dilakukan.
Kenyataan berani dan terbuka Peguam Negara pada Sabtu
lepas sebenarnya sudah cukup bagi seorang pemimpin yang bermaruah
mengambil langkah mengundurkan diri. Segalanya telah tersimpul dalam
kenyataan itu dan hingga petang ini, Isnin 6 Julai, empat hari selepas
kenyataan itu, PM gagal mengeluarkan sebarang penjelasan terhadap
kenyataan AG.
Ketika AG membuat kenyataan telah melihat sendiri
dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas
syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya telah pun diambil alih oleh
seorang PM yang baru atau paling kurang Pemangku PM.
Ketiadaan
sebarang reaksi dan tindakan ekoran kenyatan AG itu, hanya akan membuka
jalan kepada penutupan jenayah dan pelbagai manipulasi politik.
Kenyataan
oleh badan-badan mahasiswa UIA pada hari ini adalah sangat bermakna
dalam situasi kritikal sekarang. Saya mengucapkan syabas kepada semua
mahasiswa UIA khususnya pemimpin mereka Saudara Hanif Mahpa dan Ahmad
Fadhli Umar Aminolhuda dan lain-lain.
Sesuatu mesti dilakukan
oleh semua pihak dalam negara kita untuk memaksa PM melepaskan tanggung
jawab dan kuasanya setidak-tidaknya untuk sementara waktu bagi
membolehkan siasatan dan tindakan yang bebas dapat diambil.
Saya bersetuju TPM mesti mengambil inisiatif utama untuk meluruskan langkah pembetulan negara.
TPM
sewajibnya menemui DYMM YDP Agung bersama AG untuk menyembah maklum
keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan PM.
Ahli
Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk
memberikan sokongan kepada TPM untuk mengambil alih negara dari DS Najib
sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan.
Tan
Sri Muhyiddin juga perlu menjamin suatu tindakan undang-undang diambil
tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Lebih banyak malapetaka akan
berlaku jika tindakan segera tidak diambil.
Husam Musa
6 Julai 2015
19 Ramadhan 1436H
1 ulasan:
O!Start (Ostad) o$tart o$start mercun pas (pus/nanah) , amacam? x dengar bungi mercung pung ?Bila lagi nak guna cuka limau (silap: cakar rimau), siku n lutut....
Catat Ulasan