ADNAN MOHAMAD
Tangan milik bekas askar
yang hancur dipercayai mercun buatan sendiri meletup di tangannya awal
pagi tadi di Kampung Chetok, Pasir Mas.
PASIR MAS - Seorang lelaki berusia 27 tahun hancur tangan kanannya selepas bahan letupan dipercayai mercun buatan sendiri meletup di tapak tangannya dalam kejadian di Kampung Chetok awal pagi tadi.
Difahamkan, mangsa yang juga bekas askar
cedera parah dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
untuk rawatan lanjut.
Akibat letupan kuat itu mangsa turut
mengalami kecederaan di bahagian badan selepas terkena serpihan
dipercayai mercun buatan sendiri atau dikenali sebagai ‘spedo’ di negeri
ini.
Kejadian jam 6 pagi ini dipercayai kes kedua kecederaan membabitkan mercun buatan sendiri di Kelantan.
Sementara itu, sumber polis menjelaskan
letupan kemungkinan hasil daripada bom buatan sendiri yang digunakan
dalam kegiatan mengebom ikan.
Bagaimanapun katanya, siasatan lanjut akan dijalankan kerana mangsa dikatakan masih belum stabil.
Minggu lalu seorang pelajar Tingkatan
Tiga dari Wakaf Bharu, Tumpat hancur empat jari tangan kanannya selepas
mercun buatan sendiri meletup di tapak tangannya.
Mangsa dikatakan bermain mercun buatan
sendiri bersama tiga lagi rakannya selepas waktu berbuka puasa dan hasil
letupan itu turut didengari oleh ibunya yang berada di rumah ketika
kejadian.
Akibatnya, mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, untuk dirawat di Wad Kecemasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan