MALAYSIAKINI
Dalam Wag the Dog yang dibintangi oleh Dustin Hoffman and
Robert De Niro, seorang pakar putar belit dan penerbit Hollywood
bekerjasama mencipta perang olok-olok untuk menutup skandal seks
melibatkan presiden sejurus sebelum pilihan raya.
Produser itu, yang kemudian mahukan penghargaan atas kerja-kerjanya itu
dibunuh pagi memastikan mulutnya terus terkunci rapat. Alasan rasmi
untuk kematian itu – serangan jantung.
Memang terdapat orang yang mengalami masalah sebegitu, yang disebut pepatah Melayu sebagai rumah siap pahat berbunyi.
Selepas menyelesaikan tugas besar, golongan seperti ini tidak dapat
keluar daripada perhatian ramai, dalam diam. Perasaan mereka meluap-luap
untuk terus diperhatikan.
Kelihatannya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menghadapi masalah itu,
terutamanya selepas berjaya memastikan kekalahan Datuk Seri Anwar
Ibrahim di Mahkamah Persekutuan.
Seorang peguam terkemuka berkata, “Kes Anwar ini seperti seorang bayi,
dia tidak boleh berhenti bercakap tentang perkara itu. Mungkin ini
simptom penarikan.”
Bagaimanapun, telatah Shafee membuatkan banyak pihak tidak senang. Pengamal undang-undang lain turut terkejut.
Wawancaranya dengan media memberikan gambaran negatif yang mengundang luahan pendapat bekas Peguam Negara Abu Talib Othman.
Shafee mewujudkan tanggapan bahawa benar-benar terdapat rancangan politik untuk menyumbat Anwar ke penjara.
Dalam forum malam tadi, Shafee membuatkan orang ramai berasa malu
mendengar kisah-kisah sensasi perhubungan Anwar dan pengadu kes Liwat II
Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Menceritakan tentang keterangan dalam mahkamah tertutup, peguam Umno itu
tidak membenarkan langsung ruang untuk imaginasi. Semuanya diceritakan
kembali dengan terus-terang.
Dalam kes liwat pertamanya, konspirasi atau tidak, hakikatnya Anwar,
banyak mengecewakan lawan. Beliau sekali gus memastikan kelangsungan
masa depan politiknya.
Kini beliau kembali merengkok di penjara Sungai Buloh, musuhnya berharap
beliau akan dilupakan – jauh dari mata, jauh dari ingatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan