MALAYSIAKINI
Teks penghakiman penuh yang menyabitkan ketua pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim dengan kesalahan liwat dan hukuman penjara lima tahun
dimuatkan hari ini di laman web rasi Mahkamah Persekutuan.
Penghakiman sepanjang 116 halaman itu ditulis oleh Ketua Hakim Negara
Tun Arifin Zakaria dan ditandatangani oleh beliau dan juga empat orang
anggota panel hakim yang memutuskan perkara itu secara sebulat suara.
Anggota lain dalam panel terseut ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim
Tan Sri Md Raus Sharif dan juga tiga hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim
Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Tan Sri Abdull Hamid Embong dan Datuk Ramly
Ali.
Mahkamah Persekutuan pada hari Selasa lalu hanya mengeluarkan penghakiman sepanjang 56 halaman ketika menyampaikan keputusannya.
Hakim Ariffin dalam penghakiman penuhnya berkata, hukuman penjara lima
tahun yang diputuskan ke atas ketua pembangkang itu tidak berlebihan.
“Mengambil kira betapa seriusnya kesalahan tersebut dan juga fakta
bahawa perayu mengambil kesempatan ke atas kedudukannya sebagai majikan
kepada mangsa yang muda itu, hukuman lima tahun itu tidaklah terlalu
berlebihan.
“Kami berpandangan bahawa sekiranya Mahkamah Rayuan membuat kesilapan, ia lebih kepada meringankan hukuman,” katanya.
Mengulas mengenai rayuan balas oleh pihak pendakwaan agar hukuman lebih
berat dikenakan, Hakim Ariffin berkata ia tidak memadai untuk
membolehkan campur tangan Mahkamah Persekutuan.
“Oleh itu kami menolak kedua-duanya, rayuan dan rayuan balas. Maka
hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan itu diperakui,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan