shahbudindotcom
Media
arus perdana dan pemimpin UMNO terlihat semakin rancak melancarkan
serangan terhadap bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin berhubung
kekayaannya yang dianggap luar biasa. Pemilik media sosial pro Najib
pula menyambut serangan itu dengan tujuan menyebar-luasnya, manakala
setengah yang lain menokok tambah dengan pelbagai rekaan fakta supaya
lebih menarik untuk dibaca.
Jika
sebelum ini serangan terhadap Daim hanyalah mainan parti-parti
pembangkang, kini media di bawah kawalan Najib serta beberapa pemimpin
UMNO turut tumpang semangkuk dengannya.
Tidak
cukup dengan ruang masa di saluran arus perdana, blog dan media sosial
melakukannya , sebuah video klip berkaitan seks yang turut dikaitkan
dengan Daim juga tersebar meluas sekarang ini.
Seorang
pemimpin Selangor iaitu Ketua UMNO Bahagian Subang, Zein Isma Ismail
berkata, jika Daim boleh menyerang Najib, maka bekas Menteri Kewangan
itu haruslah juga bersedia menghadapi serangan balas daripada penyokong
Perdana Menteri pula.
Inilah politik, katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Selangor.
Barangkali
media arus perdana dan blogger berbayar juga mempunyai pemikiran yang
sama iaitu jika Daim sudah menyerang, bersedialah pula untuk diserang.
Tentunya
juga, niat dan firasat mereka ini, apabila serangan balas dilakukan
secara meluas dan berterusan, ia akan menyebabkan Daim terdiam dan
berhenti daripada menegur atau mengkritik Najib.
Soalnya, adakah Daim akan diam?
Sementara
sudah memberi perakuan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada
SPRM berhubung kekayaan yang dimilikinya, mereka yang menyerang Daim
seharusnya sedar bahawa teguran Daim ialah untuk kebaikan UMNO dan BN
bagi menghadapi pilihanraya akan datang.
Daim
secara umumnya menegur kelemahan Najib dan kerajaan yang ada sekarang
sehingga menyebabkan imejnya di mata rakyat makin merudum dan bukannya
menegur perangai atau tindak-tanduk peribadi anak sulung Tun Razak itu.
Malangnya,
pengagum dan pembodek Najib ini tidak sepatah pun menjawah teguran dan
kritikan Daim itu, sebaliknya melancarkan serangan balas dengan
menggunakan isu yang sudah dimainkan pembangkang serta yang bersifat
peribadi terhadapnya.
Serangan
itu tidak lain hanyalah bertujuan mendiamkan Daim sambil berharap dapat
menggembirakan Najib yang berjiwa bangsawan dan bukannya untuk
memulihkan keyakinan rakyat.
Tetapi
bolehkah sokongan bertambah dengan menyerang Daim dan setelah Najib
digembirakan? Bolehkah juga kemenangan diraih di Selangor apabila
pemimpin negeri itu turut sama menembak Daim?
Yang
bakal berhadapan dengan rakyat ialah Najib. Daim mengkritik dan menegur
hanya bertujuan membetulkannya. Namun dengan teguran tidak dipeduli dan
kesilapan tidak diperbaiki, malah menyerang balas pula terhadap Daim,
yang lebih rugi ialah Najib sendiri.
Daim
tetap Daim sebagaimana kehidupannya sekarang. Mungkin pengampu dan
pembodek Najib gembira jika berjaya membuatkan SPRM menyiasat dan
menyelongkar pejabat bekas Menteri Kewangan itu tetapi yang perlu
disedari ialah Daim sudah pun terlebih kaya ketika dijemput menyertai
kabinet pada 1984 dahulu. Beliau bukannya tiba-tiba kaya setelah ada
jawatan dalam kerajaan sepertimana kebanyakan pemimpin UMNO sekarang.
Disiasat
atau tidak oleh SPRM, Daim tiada perhitungan lagi dengan rakyat kerana
beliau hanyalah orang pencen saja. Yang bakal dihitung oleh rakyat ialah
Najib. Berbanding dengan Najib yang sedang tinggal di rumah kaca, lebih
ramai akan tampil membaling batu kepadanya akibat tindakan pengampu dan
pembodek ini.
Dinding kaca dan rumah Najib lebih mungkin rosak teruk di sebalik percubaan menyerang Daim itu.
Pakatan
Rakyat yang mempunyai peluang terbaik dalam pilihanraya akan datang
berikutan kepimpinan Najib yang terlalu lemah sudah tentu lebih gembira
kerana peluru yang ditembak kepada Daim sejak sekian lama bukan saja
membuatkan Najib tercedera sama, tetapi turut menjadikan rumahnya tidak
lagi sekukuh mana untuk dipertahankan.
Pakatan
Rakyat menyerang Daim bukanlah sangat untuk menghantarnya ke penjara
tetapi sebahagian daripada percubaan melemahkan lagi keyakinan rakyat
terhadap kerajaan. Apabila pengampu dan pembodek Najib juga sudah
berbuat perkara yang sama, yang berganda untungnya ialah PR.
Dalam masa yang sama, yang rugi berganda juga ialah Najib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan