MALAYSIAKINI
Akaun rasmi Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus menjadi
sasaran kritikan dan sindiran mengenai kenaikan minyak RON95 dan diesel
20 sen seliter minggu lalu.
Malah tweet beliau mengenai bot tentera laut yang hilang semalam turut mendapat reaksi sama.
Dalam tweet terbaru beliau, Najib mengucapkan selamat memandu kepada
mereka yang pulang selepas berhari raya Aidiladha di kampung halaman
masing-masing.
“Tentu
ramai yang akan bertolak pulang hari ini setelah selesai beraya. Pandu
dengan cermat, Insya-Allah akan tiba di destinasi dengan selamat," tulis
beliau.
Tweet tersebut bagaimanapun dibalas dengan pelbagai sindiran.
Pengguna Twitter Daniel Yahya berkata "Kau bolehlah cerita. Minyak kereta kau poket rakyat yang tanggung.”
Seorang lagi pengguna bernama "Aya" pula menulis: “Macam mana nak
bertolak pulang kalau isi minyak pun tak cukup duit. Naik kereta lembu
lah macam ni. Selamat hari raya Jib."
Dalam
tweet pagi tadi, Najib menyatakan beliau terkejut dengan kehilangan bot
milik Tentera Laut DiRaja Malaysia dan berdoa akan kesemua tujuh krew
bot tersebut selamat.
Tetapi hal itu tetap mendatangkan reaksi sinis pengguna Twitter.
Muhammad Izzat Ammar menulis: “Saya lagi terkejut dengar subsidi minyak kena potong 20sen, Pak Cik."
Tulisan Najib 4 Oktober lalu mengucapkan umat Islam selamat Hari Raya
Aidiladha turut mendapat pelbagai komen dengan beberapa menyatakan
mereka "berdoa" perdana menteri dapat mengurangkan harga minyak dan
meringankan beban mereka.
Harga Petrol minyak rakyat RON95 dan Diesel naik 20sen pada 2 Oktober lalu.
Najib mempertahankan kenaikan itu dan menyatakan walaupun ia tidak
popular, ia perlu dilakukan demi manfaat rakyat dan negara untuk jangka
masa panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan