MALAYSIAKINI
Semua pihak diseru bangkit menentang penganjuran pesta Octoberfest
Carlsberg yang akan berakhir pada 12 Oktober ini kerana kemungkaran
mesti dicegah, kata anggota parlimen PAS Nasrudin Hassan.
Katanya, cegahan itu harus dilakukan kerajaan pusat, kerajaan negeri,
kerajaan tempatan dan pihak berkuasa agama di semua peringkat kerana
bala Allah apabila turun akan mengenai semua pihak.
“Jangan
hanya memberi alasan kononnya perkara ini berada di luar bidang kuasa
sedang akibatnya kelak akan melanda umat tanpa mengenal di mana kuasa
dan kedudukan mereka.
“Bangkitlah sebelum terlewat,” kata wakil rakyat Temerloh itu.
Beliau membangkitkan sebuah hadis Ali bin Abi Thalib yang antaranya
mengebut, balasan Allah akan turun apabila arak sudah diminum secara
berleluasa.
Menulis di Facebook beliau hari ini, Nasrudin berkata, walaupun arak
boleh diminum oleh penganut agama yang membenarkannya, ia tidak harus
dilakukan secara terbuka dan dipromosi besar-besaran.
“Pesta arak yang dipromosi besar-besaran ini telah menjadi mungkar
terbuka meskipun ia dilakukan dalam ruang bangunan tertutup. Sekali gus
ia mencabar sensitivit umat Islam.
Katanya, ia sama seperti hubungan seks luar nikah (pelacuran) yang
dipromosi kepada umum dan wajib ke atas pihak berkuasa dan seluruh umat
Islam bangkit mencegahnya.
“Jangan biarkan negara membangun dengan budaya mungkar dan maksiat.
Kelak binasa tamadun dan maruah pula hilang keberkatan justeru dimurkai
Allah SWT,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan