Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin mengemukakan soalan itu pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang disenaraikan hari ini sebagaimana di bawah.
Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan:-
(a) mekanisme yang disediakan bagi pelajar asing memohon kad pengenalan pelajar antarabangsa, i-Card; dan
(b) langkah-langkah yang dibuat bagi memastikan semua pelajar asing memiliki i-Card dan tindakan-tindakan yang akan dikenakan sekiranya pelajar asing didapati tidak memiliki i-Card.
Ust. Dato' Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali [Kuala Nerus] minta Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyatakan jumlah kawasan ladang getah yang telah diubah kepada kawasan pembangunan hartanah dan komersial sejak tahun 2010 hingga 2013.
Idris Ahmad [Bukit Gantang] minta Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan berapakah bilangan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) mengikut negeri-negeri dan berapakah peruntukan sejak tahun 2010 hingga 2013.
Dr. Che Rosli Che Mat [Hulu Langat] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menyatakan bilakah Imbalance Cost Past Through (ICPT) akan dilaksanakan dan apakah penambahan tarif hasil dari ICPT tersebut.
Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sama ada kerajaan Malaysia akan menandatangani perjanjian TPPA dan sekiranya ya, mengapa. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan