MALAYSIAKINI
Kementerian Luar Malaysia mengesahkan bekas diplomat Muhammad Rizalman
Ismail yang berdepan dakwaan melakukan serangan seksual dihantar balik
ke Wellington, New Zealand hari ini.
Dalam kenyataan kementerian itu, dua anggota polis New Zealand dan dua
pegawai tentera daripada Malaysia akan mengiringi Muhammad Rizalman
dalam ekstradisinya.
Bekas pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di
Wellington akhirnya kembali untuk diadili, berikutan permintaan rasmi
untuk mengekstradisi Rizalman yang dibuat oleh kerajaan New Zealand pada
3 Oktober lalu.
Kementerian Luar berkata pihaknya yakin Muhammad Rizalman akan diberikan perbicaraan yang adil oleh mahkamah di New Zealand.
Jurucakap rasmi Wisma Putra memberitahu pemberita bahawa Rizalman berada
dalam pesawat Malaysia Airline System MH133 yang berlepas jam 8.55 pagi
ini dan dijangka sampai di Auckland sebelum tengah malam (waktu
Malaysia kira-kira jam 7 malam).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan