MALAYSIAKINI
Pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II berpendapat bahawa hukuman penjara
lima tahun penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan ke atas Datuk
Seri Anwar Ibrahim tidak memadai.
Menurut dokumen yang disaksikan oleh Malaysiakini, pasukan itu memberi hujah bahawa hukuman lima tahun penjara itu tidak memenuhi keadilan dari sudut kepentingan awam.
Pasukan pendakwaan berpendapat bahawa hakim rayuan membuat kesilapan
kerana hukuman penjara tidak mencerminkan tahap kesalahan itu, dan tidak
menjadi teladan kepada masyarakat.
Menurut pasukan itu lagi, hukuman lima tahun penjara tidak memadai
berbanding peruntukan 20 tahun penjara dan rotan dalam Seksyen 377B
Kanun Keseksaan.
Perkara itu difailkan oleh pasukan pendakwaan untuk menuntut Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas Anwar.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan tahun 2012 oleh
Mahkamah Tinggi Kuala LumpurOn March 7, dan seterusnya mendapati Anwar
bersalah atas tuduhan Liwat II, dan menjatuhkan hukumen lima tahun
penjara ke atasnya.
Pasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman
Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah
tertinggi itu.
Rayuan terakhir oleh ketua umum PKR itu, kini 67 tahun, ditetapkan selama dua hari bermula Selasa.
Dalam rayuan balasnya, pendakwaan memohon hukuman penjara lebih lama dikenakakan ke atas Anwar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan