MALAYSIAKINI
Polis percaya kes kematian seorang guru sekolah rendah di Kundasang,
Ranau, pada Jumaat lepas berpunca daripada rompakan dan samun oleh
suspek yang dikenali mangsa.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata
berdasarkan siasatan awal, polis percaya rumah mangsa dipecah masuk
suspek yang dikenalinya sebelum membunuh mangsa.
Bagaimanapun motif sebenar kejadian masih disiasat, katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis jamuan hari raya Aidiladha di Masjid
Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di Kepayan di Kota
Kinabalu hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi itu, Masinah Samadi, 50,
ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian kepala dan badan
di sebuah rumah berhampiran kuarters Sabah Electricity Sdn Bhd,
Kundasang, Ranau.
Mangsa ditemui terbaring dan berlumuran darah di ruang tamu rumah berkenaan oleh suaminya yang baru pulang daripada kerja.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan