Jumaat, 17 Oktober 2014

Bantu mahasiswa elak ikat perut

ARIF ATAN






KUALA LUMPUR: Menyedari kos sara hidup yang semakin meningkat, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMIUM) mengorak langkah melaksanakan agihan makanan tengahari percuma bermula 15 Oktober lalu.

Presiden PMIUM, Khairol Najib Hashim berkata, program yang dinamakan Kasih Mahasiswa kepada mereka yang memerlukan itu dijadualkan pada setiap hari Rabu dengan agihan sulung di Akademi Pengajian Islam.

"Alhamdulillah, acara sulung kami selepas solat Zohor ini berjalan lancar. Saya bersama sahabat aktivis berjaya mengedarkan 200 pek nasi Arab ayam yang disumbangkan penaja.

"Sekurang-kurangnya tiada mahasiswa UM yang terpaksa mengikat perut tidak dapat makan hanya kerana kesempitan wang," ujarnya.

Menurut Khairol, bagi minggu berikutnya, mereka akan mengagihkan makanan di fakulti yang berbeza pula dengan sasaran kepada golongan pelajar di bawah Persatuan Mahasiswa Istimewa (PERMIUM).

"Sehubungan itu, kami amat memerlukan sumbangan dana bagi meneruskan program ini," tambahnya.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank 164258533432, atas nama Khairol Najib Hashim. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada emel  khairol.pmium@gmail.com atau no tel 013-4056247. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: