Mahirah Zakaria
Pelakon, Syanie memilih tanggal 1 Mac 2014 sebagai tarikh untuk mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Nadi Putera.
Memetik laporan SinarHarian, Syanie berkata, keputusan memilih tarikh
tersebut membuatkan tali pertunangan mereka yang diikat selepas Hari
Raya Aidilfitri lalu diakhiri dengan ikatan yang sah.
"Selepas mengikat tali pertunangan pada sambutan Syawal yang ketiga, kami bakal mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2014.
"Tiada sebab tertentu mengapa saya memilih tarikh tersebut dan semasa
bertunang pun kami meletakkan maksimum enam bulan tempoh bertunang. Saya
rasa tarikh itu adalah sangat sesuai," ujarnya.
Pada 10 Ogos lalu, Syanie telah mengikat tali pertunangan dengan Nadi yang juga merupakan seorang duda anak dua.
Nadi yang pernah berkerja di bawah syarikat keluarga Syanie telah berkenalan hampir tujuh tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan