Sabtu, 16 November 2013

Iskandar Samad : Rumah Kos Rendah dilulus 1997 belum dibina

SELANGOR KINI


Di dalam usaha untuk memastikan sasaran pembinaan sebanyak 35,000 Rumah Mampu Milik di Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Jawatankuas Teknikal Pemantauan Pembangunan Rumah Mampu Milik Negeri Selangor.

Tujuan jawatankuasa ini adalah untuk :

1) Memantau permohonan dan kelulusan Rumah Mampu Milik.
2) Menyelaras pembinaan Rumah Mampu Milik.
3) Merancang pembinaan Rumah Mampu Milik.

Di antara usaha-usaha yang dilakukan adalah mengenalpasti Rumah Mampu Milik termasuk Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana yang telah diwajibkan ke atas pemaju-pemaju untuk dibina.

Hasil siasatan yang dilakukan mendapati bahawa terdapat Rumah Kos Rendah dan Rumah Kos Sederhana yang wajib dibina oleh pemaju tetapi masih belum lagi dibina.Terdapat rumah-rumah yang mendapat kelulusan pada tahun 90’an di zaman Kerajaan Negeri Barsian Nasional yang masih belum dibina.

Contohnya Pendengaran Awam Rancangan Tempatan Majlis Bandaraya Shah Alam minggu ini mendapati 2 projek perumahan Rumah Kos Sederhana dan Rumah Kos Rendah yang melibatkan lebih 1,800 unit masih belum lagi dibina walaupun telah diluluskan seawal tahun 1997.

Untuk mengelakkan perkara ini dari berulang, Kerajaan Negeri sekarang telah mewujudkan satu sistem pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih cekap dan tegas agar pemaju-pemaju itu tidak mengabaikan tanggungjawab mereka.

Kerajaan Negeri juga telah mewajibkan Rumah Mampu Milik dan Rumah Kos Rendah dibina serentak dengan rumah-rumah jenis lain.

Beberapa pemaju terlibat juga telah dipanggil untuk memberi penjelasan kenapa mereka masih gagal membina Rumah Kos Rendah yang telah diwajibkan ke atas mereka.

Kerajaan Negeri akan memastikan pembinaan rumah-rumah itu walaupun tanah yang terlibat telah dijual kepada pihak-pihak lain.

EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Peneroka Bandar
Negeri Selangor

Tiada ulasan: