PUTRAJAYA - Insiden kekecohan yang berlaku di sidang Dewan Rakyat
yang melibatkan usul perggantungan ahli Parlimen Padang Serai N.
Surendran disifatkan sebagai sejarah hitam yang memalukan.
Timbalan Menteri Kewangan, YB Datuk Haji Ahmad Maslan berkata, kejadian
perbalahan selama sejam setengah yang berlaku tidak berhenti, walaupun
seminit.
" Ia tidak sepatutnya berlaku, jika kita mengikuti peraturan- peraturan sebagai ahli mesyuarat,
" Pihak yang memulakan kejadian adalah pihak pembangkang, malah mereka
koyakkan usul kerana tidak bersetuju dengan usul, dan perbalahan yang
berlaku tidak berhenti selama sejam setengah," katanya pada sidang media
selepas majlis menandatangani kontrak diantara Percetakan Nasional
Malaysia Berhad (PNMB) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Menurut Ahmad Maslan, beliau berharap kejadian seperti ini tidak berlaku lagi, kerana ia mencemarkan reputasi institusi.
Sebelum ini, kekecohan di Dewan Rakyat dalam isu melibatkan Ahli
Parlimen Padang Serai, N. Surendran yang digantung selama enam bulan
daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat.
Ekoran perbuatannya, menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan
Speaker bersifat bias, semua keistimewaan Surendran termasuk bayaran
elaun ditarik balik selama tempoh tersebut yang berkuat kuasa
serta-merta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan