PILIHAN Raya Kecil (PKR) Kuala Besut telah pun berlalu 24 Julai lalu.
Seperti biasa, rumah siap pahat berbunyi, ada sahaja tidak berpuas hati.
SPR, terus menjadi sasaran. Jika pembangkang menang, SPR betul, jika kalah, SPR tidak betul.
Sampai bilakah budaya seperti ini hendak berakhir. Apa pun, sebagai institusi demokratik, apa jua kritikan dan cadangan hendaklah diberi perhatian.
Saya begitu teruja dengan pandangan seorang akademia Syed Arabi Idid, sudah tiba masanya ahli akademia dilantik menganggotai Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Menurutnya, negara mempunyai ahli akademik pakar dalam bidang pendidikan pilihan raya yang boleh menjadi ahli dan panel SPR, bagi tujuan penambahbaikan.
Jika terus dilantik kalangan mereka tidak mempunyai pengetahuan, sudah tentu SPR akan terus dipersalahkan dan tidak mustahil persepsi menjadi semakin buruk.
Semua sedia maklum, syarat-syarat pelantikan ahli SPR bersifat umum. Sesiapapun boleh dilantik menjadi ahli SPR jika layak dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Amalan sehingga ke hari ini, PTD pencen sentiasa dilantik mengetuai SPR dan beberapa profesion lain. Belum ada pensyarah IPTA dilantik setakat ini menjadi pengerusi SPR, termasuk menjadi pengurus pilihan raya kawasan.
Selepas PRU13, SPR dikecam teruk oleh pembangkang dan tidak kurang akademia.
Sehingga kini, masih banyak petisyen pilihan raya PRU13 yang telah dibawa ke mahkamah dan masih menunggu keputusannya.
Menurut Mohamad Agus Yusuff, pensyarah sains politik UKM, SPR dikatakan gagal mengurus PRU13 dengan baik. Jika SPR berjaya, sudah tentu perdana menteri tidak mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri daripada ahli Parlimen kalangan semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013.
Padanya, isu dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik. Begitu juga daftar pemilih. Sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.
PR pula perlu menghentikan perhimpunan 505 bagi memberi peluang kepada proses petisyen pilihan raya diadili di mahkamah undang-undang.
Pada beliau, tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas.
Apa yang diperlukan ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!
Saya tidaklah bersetuju sepenuhnya dengan pendapat ini. Tetapi cadangan supaya akademia dilantik menganggotai SPR perlu diberikan perhatian.
Justifikasinya adalah, mengikut rekod Kementerian Pendidikan sehingga November 2010, negara mempunyai 28,571 tenaga akademik tempatan di seluruh 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA), yang bergelar profesor (madya), mempunyai PhD dan minimum sarjana.
Ini tidak termasuk IPTS. Takkan daripada bilangan tersebut tidak ada seorang pun yang mengkhusus bidang pilihan raya.
Perlu diingat, negara memerlukan orang-orang berkaliber dan faham tentang perubahan berlaku. Siapakah yang peka dengan perubahan? Kita fikirkan bersama.
Antara perkara yang perlu dikaji dan dibuat penambahan baik terhadap SPR adalah, pertama: ahli panelnya tidak kelihatan terlalu berpolitik atau partisan.
Mereka hendaklah bebas dan berkecuali. Elakkan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh dipertikaikan kredibilitinya.
Kedua, mewujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah sebaik selepas Parlimen dibubarkan bertujuan memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.
Ketiga, undang-undang SPR hendaklah dikuatkuasakan tanpa bias kepada mana-mana pihak.
Keempat, mendaftarkan warga Malaysia yang berusia 21 tahun secara automatik sebagai pengundi.
Kelima, beri kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara, sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos.
Keenam, penguatkuasaan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.
Ketujuh, akses media yang bebas dan saksama ketika tempoh berkempen.
Kelapan, pembersihan daftar pemilih secara berterusan.
Kesembilan, penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.
Kesepuluh, perkasa dan perluaskan peranan Akademi Pilihan Raya.
Kesebelas, persempadanan kawasan hendaklah dibuat secara profesional dan mengelakkan gerrymandering atau ketidakseimbangan dalam persempadanan.
Semua perkara ini banyak dibincangkan oleh akademia. Saya tidak fikir mereka tidak layak menerajui SPR.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan