Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, cabaran itu dilontarkan kerana tindakan pemimpin PR yang terus mencetuskan provokasi bagi mempertikai keputusan PRU13 termasuklah mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai tidak telus dan adil.
“Pemimpin pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti sudah tahu tentang undang-undang. Jika ada tidak berpuas hati atau berasa ada penipuan berlaku ketika pilihan raya umum lalu, mereka (pembangkang) boleh mengadakan bantahan secara terus kepada SPR.
“Tetapi, apa berlaku sebaliknya. Mereka tidak buat bantahan, sebaliknya melakukan perhimpunan haram di Stadium MBPJ di Kelana Jaya, Selangor pada Rabu lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Jom Celik Minda Merentasi Dunia Maya di Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Permatang Sepam, Benut, di sini.
Ahmad turut menzahirkan rasa hairan dengan sikap pembangkang yang menerima kemenangan seperti di Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor tanpa sebarang pertikaian.
“Pentadbiran Pas di Kelantan dan DAP di Pulau Pinang terus membentuk kerajaan negeri dengan melantik exco mereka setelah beberapa hari mendapat mandat. Pembangkang sebenarnya mengamalkan ‘double standard’ kerana terus mempertikaikan kemenangan BN, tetapi dalam masa yang sama mengiktiraf kemenangan di negeri-negeri Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan