Timbalan
Presiden PKR Azmin Ali berkata bantahan terhadap dakwaan berlakunya
penipuan dalam proses pilihan raya perlu diteruskan dan dipertingkatkan
usaha secara bersama dengan pelbagai NGO termasuk BERSIH.
Katanya, cadangan pembentukan Tribunal Awam oleh Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga dan NGO itu harus menjadi medan untuk rakyat mengemukakan bukti dan bantahan terhadap keputusan pilihan raya yang tidak demokratik.
"Cabang, agen-agen pilihan raya dan orang awam harus tampil segera dengan bukti-bukti yang sahih untuk peguam-peguam memulakan prosiding perundangan," katanya Azmin.
Dalam ucapan perasmian Kongres Angkatan Muda dan Wanita PKR petang ini, Azmin berkata rakyat bangkit menuntut pilihan raya yang adil dan bersih dan menyuarakan rasa kecewa serta kemarahan apabila kemenangan mereka didakwa dirompak oleh Umno.
"Perhimpunan aman adalah hak asasi rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebarang usaha untuk menyekat hak asasi ini merupakan pencabulan kepada perlembagaan. Dalam demokrasi yang sihat, exploitasi aparat kekuasaan negara terhadap rakyat perlu dihentikan.
"Kita bukan sahaja bercakap tentang kelemahan sistem pilihan raya. Tetapi, kita telah membuktikan siri penipuan yang sistematik dalam skala besar. Ini menuntut reformasi sistem pilihan raya demi mengembalikan maruah dan kredibiliti institusi demokrasi dalam negara," katanya.
Sehubungan itu, Azmin mendakwa pencabulan yang dilakukan dalam pilihan raya umum lalu, membenarkan apa yang dilontarkan oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said bahawa pilihan raya berkenaan adalah 'Ibu Segala Penipuan'.
Dalam ucapannya juga, Azmin berkata PKR akur demokrasi di Malaysia semakin segar hasil kesedaran dan kebangkitan rakyat terhadap hak mereka dan memahami prinsip karamah insaniah.
Cipta dialog politik, interaksi
Menurutnya, kemuliaan darjat insan itu menyebabkan rakyat tidak boleh diperkotak-katikkan penguasa, tidak boleh ditindas dan undi mereka tidak boleh dijual beli.
"Akibat dari kesedaran tersebut, rakyat semakin kritis terhadap pemerintah. Zaman di mana pemerintah mendapat sokongan besar rakyat sudah berlalu. Dalam PRU-12, rakyat menafikan majoriti 2/3 BN yang sebelum itu diperolehi dengan mudah," katanya.
Pada waktu yang sama, katanya, PKR bertanggungjawab dengan tidak membiarkan suasana 51 - 47 (undi popular) merudum ke arah suasana buntu serta konflik dan pertelingkahan yang tiada penghujung.
Sehubungan itu, beliau berpendapat supaya semua pihak perlu menggembleng keberanian moral untuk mencipta dialog politik dan berinteraksi dengan semua pihak merentasi sempadan politik.
"Jika kita mengaku ingin berkhidmat demi rakyat, patriotis dan mendahulukan kepentingan rakyat terbanyak mengatasi kepentingan kelompok, maka kita perlu mencari titik temu atau common ground untuk membawa kemajuan politik di Malaysia," katanya.
Azmin turut mengajak perwakilan AMK dan Wanita agar merenung peristiwa Hudaibiyyah di mana berlaku jalan buntu antara umat Islam dengan Quraisy di Mekah yang pada peringkat awal apabila ditolak keras oleh para sahabat.
Bagaimanapun, kata Azmin, Perjanjian Hudaibiyyah telah membuka dialog dan interaksi yang akhirnya membawa kepada kemenangan Islam.
"Kebijaksanaan Rasulullah SAW ini perlu kita garap demi kemenangan rakyat," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan