MSO
Bila mengenangkan Kelantan dan keputusan pilihan raya lalu
tiadalah yang paling mengembirakan saya apabila mendapat tahu Inchek
Ibrahim Ali kalah di Pasir Mas. Kalau saya mengharapkan kemenangan di
Kelantan untuk peribadi saya, kekalahan Inchek Ibrahim itulah kemenangan
besar buat saya.
Berita itu saya sambut dengan sujud syukur di kaki lima hotel penginapan
saya di Kota Bharu. Masa itu saya bersiap untuk meninggalkan hotel
menuju ke satu destinasi. Tiba-tiba terima SMS dari seorang pegawai SPR
memberi tahu Ibrahim Ali kalah besar dengan kekurangaa sekitar 8,000
undi.
Memang kekalahan Ibrahim itu sangat dinanti-nantikan oleh saya dan saya
percaya rakan saya yang sejalur dengan saya juga. Saya berdendam politik
dengan manusia dianggap genius politik ini. Tidak ada orang politik
yang paling saya benci di Malaysia ini kecuali Ibrahim dengan Zulkefli
Nordin.
Bagi saya kedua mereka adalah bapak munafik politik dan ahli politik
paling tidak bermoral di negara ini. Kalau diadakan anugerah ahli
politik tidak bermoral mereka berdualah berhak menerimanya dulu. Mungkin
kalau Quran belum ditamatkan nama kedua orang ini dalam konteks politik
akan masukkan sebagai pedoman dan iktibar kepada manusia akan datang.
Saya tidak bercadang mendedahkan di sini apa yang saya ketahui mengenai
mereka sehinggakan saya begitu membencinya. Tetapi kekalahan mereka itu
wajar dan patut sekali. Adalah satu kesalahan kalau kedua mereka atau
salah satu menang dalam pilihan raya 5 Mei lalu dan terus berkokok dalam
parlimen. Tanpa adanya mereka memberi ruang dan keinginan untuk saya
menjenguk semula laman parlimen. Saya telah bersumpah selagi mereka
berada dalam dewan saya tidak terliur untuk menjenguk parlimen. Benci.
Alhamdulilah kedua-duanya kojol.
Saya pernah bermadah kepada seseorang; bagi saya tidak mengapa kalau
Pakatan Rakyat tidak berjaya menakluki Putrajaya asalkan saja Ibrahim
kalah di Pasri Mas. Kemenangan Putrajaya tidak membawa apa-apa makna
kalau Ibrahim Ali menang. Kemenangan Ibrahim menyebabkan gaout saya akan
melarat!
Alhamdulilah apa yang saya harap dan cita-citakan berjaya. Terima kasih
Tuhan kerana Kau menerima ralat doa hamba-Mu ini di Makkah semasa bulan
Ramdahan lalu. Mungkin saya adalah antara hamba yang terkeji di sisi
Allah kerana meralat doa yang pernah dibuat.
Pada tahun 2007 semasa mengerjakan Haji bersama isteri saya pernah
berdoa di hadapan Kaabah (bila sebut Kaabah ini bukan bererti saya
taksub dan fanatik seperti pembacuh kopi yang buat video sumpah laknat
depan Kaabah..tidak), memohon Allah berikan kemenangan kepada Ibrahim di
dalam pilihan raya 2008. Saya minta Allah berikan kemenangan dan
hidayah kepadanya agar menerima perjuangan Islam oleh PAS. Saya juga
mendoakan agar PAS dan Tokguru Nik Aziz merestui Ibrahim bertanding atas
lambang bulan purnama.
Atas kehendak Allah s.w.t. Tuhan kita seru sekalian alam permintaan saya
dimakbulkan. Beliau bertanding atas tikit PAS, menang besar dengan
meraih majoriti 8,991 undi. Saya bersyukur dengan kemenangan Ibrahim
itu. Bagaimana pun kemenangan itu memberi keseronokan sekerat hari saja
kepada saya apabila beliau mengkhinati amanah yang diberikan penyokong
dan ahli PAS kepadanya. Beliau melupai daratan dan lupa kepada setiap
orang yang membantu kemenangannya. Malahan Tokguru dicaci maki dan
dihina sesedap mulutnya.
Paling menyesal dan memalukan saya apabila beliau menghina Tokguru Nik
Aziz. Menggelar Tokguru sebagai nyayuk dan MB yang tidak tahu mentadbir
dan meminta agar Tokguru letak jawatan. Bagi saya kecaman itu tidak
boleh dimaafi. Bertolak dari itulah saya memasang dendam dan niat untuk
melihat Ibrahim tersungkur makan tanah di Pasir Mas.
Jadi apabila beliau kalah dalam pilihan raya lalu ditangan Timbalan
Ketua Dewa Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, ia sungguh
menggembirakan saya. Doa dan harapan saya sejak lebih empat tahun lalu
termakhbul juga.
Dalam pilihan raya itu Ibrahim yang disokong padu oleh Umno dan Mahathir
Mohamad sendiri datang berkempen untuknya kalah dengan kekurangan undi
sebanyak 8,047. Beliau mendapat 25,384 manakala Nik Abduh 33,431.
Ternyata Mahathir yang dideakan dan dikultus sebagai wali 'mujibul
somat' tidak memberi berkat dan membawa rahmat kepadanya. Kerana
kedatangan Mahathirlah menyebabkan Brahim kalah sebesar bukit.
Kekalahan Ibrahim kepada Nik Abduh memalukan Ibrahim dan juga Mahathir
kerana kalau diukur dari segi usia, pengalaman, logistik dan kewangan
Ibrahim jauh mengatasi Abduh. Bolehlah dianggap kekalahan Ibrahim kepada
budak baru belajar politik. Abduh berdepan dengan Ibrahim bukan dengan
taburan ringgit tetapi dengan tadahan doa berdoa meminta pengampunan dan
bantuan Allah kita.
Hilang dan lenyaplah kehebatan Ibrahim selama ini yang dianggap sebagai
champion. Beliau sendiri tanpa segan dan silu menggelarkan dirinya
sebagai Adi Jagat. Adi Jagat bermakna pahlwan di langit dan di bumi.
Kekalahan itu menjelaskan Ibrahim bukan sahaja ditolak oleh hantu di
bumi tetapi dia juga tidak disenangi malaikat di langit. Khbarnya
kambing dan lembu di Pasir Mas juga benci kepada Ibrahim.
Menganalisa penglibatan Ibrahim dalam pilihan raya di Pasir Mas serta
angka-angka kemenangannya jelas menunjukkan Ibrahim bukan seorang
berpengaruh seperti dijangka. Pengaruh peribadinya tidak sampai pun
6,000. Pengaruh atau penyokong tegarnya sekitar 3,600 orang sahaja.
Orang-orang ini yang di duplicate untuk dibawa ke mana-mana dengan tiga atau empat bas bagi menunjukkan dia mempunyai pengaruh besar.
Sepanjang hayatnya Ibrahim telah bertanding dalam lapan kali pilihan
raya. Dari lapan kali dia menang tiga kali kalah lima kali. Kali pertama
beliau bertanding ialah pada tahun 1986, beliau menang menewaskan calon
PAS Zakaria Ismail dengan mendapat jumlah undi sebanyak 15,711 undi
dengan perolehan majoriti sebanyak 3,803 undi.
Kali kedua ialah pada tahun 1990, ketika ini beliau menyertai Semangat
46 yang bergabung dengan PAS. Beliau menang dengan mendapat 20,066 undi
dengan majoriti sebanyak 9,290 undi. Kali ketiga ialah pada tahun 1995,
beliau yang bertanding atas tikit Barisan Nasional kalah ditangan
Zainuddin Mohd Noor dengan kekurangan undi sebanyak 3,215. Beliau
mendapat 16,178 undi.
Kali keempat beliau bertanding pada tahun 1999 kali ini juga atas tikit
BN. Beliau tewas dengan mendapat 15,395 undi ditangan calon PAS Ismail
Noh yang mendapat 23,965 undi dengan majoriti sebanyak 8,575 undi.
Penyertaan beliau kali ke lima ialah pada tahun 2004. Kali ini beliau
bertanding atas tikit Bebas. Dalam pertandingan tiga penjuru ini beliau
mendapat 6,198 undi berbanding dengan calon PAS, Ismail Noh yang
menenangi pilihan raya ini mendapat 17,520 manakala calon UBN Hanafi
Mamat mengutik 16,275. Ismail Nuh menang dengan majoriti 1,252.
Pertandingan ke enam buat beliau ialah pada tahun 2006 dalam pilihan
raya kecil DUN Pengkalan Pasir. Kali ini Ibrahim mencatat rekod kerana
penyertaan itu menyebabkan dia hilang wang pertaruhan.
Pertandingan kali ke tujuh ialah pada tahun 2008. Kali ini Ibrahim
diberi pinjam lambang bulan. Pertandingan ini beliau memperolehi
kemenangan besar dengan mendapat 8,991 undi. Beliau mengutik undi
sebanyak 28,673 manakala lawannya Hanafi Ahmad Rosdi Mohamad mendapat
19,682 undi.
Pertandingan ke lapan dan saya kira ini adalah pilihan raya terakhir
bagi Ibrahim ialah empat hari lepas. Dalam pertandingan ini beliau yang
mendapat dokongan padu dari Umno dan blessing daripada mahaguru
politik Machiavellinya Mahathir, beliau tewas dengan majoriti terbesar
sepanjang beliau menyertai pilihan raya iaitu sebanyak 8,047 undi.
Beliau menguntik 25,384 manakala Nik Abduh 33,431 undi.
Catatan: Kekalahan Ibrahim di Pasir Mas pada petang 5 Mei menyebabkan
hampir seluruh bandar Pasir Mas dan melatas ke Tumpat dan Kota Bharu
diserang bau busuk yang teruk secata tiba-tiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan