Sabtu, 18 Mei 2013

PKR Dakwa Tiga Suspek Rompak Dibunuh Polis


surendran speech mic 02

PETALING JAYA  : Dibunuh polis. Begitu dakwaan PKR hasil penelitian laporan bedah siasat keatas tiga suspek rompakan barang kemas yang ditembak mati di Taman Bilion, Cheras pada 14 April 2012.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, N Surendran bersama peguam Latheefa Koya membuat dakwaan itu di satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Dua beradik, Noor Azman Othman, 39, Aidi Noor Hafizal Othman, 23, dan seorang rakan mereka, Saufi Ahmad, 23, merupakan suspek rompakan kedai emas di Shah Alam.

Mereka telah ditembak mati di bulatan Taman Billion awal pagi 14 April 2012.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah, ketiga-tiga suspek ditembak mati apabila salah seorang melepaskan tembakan kearah pasukan polis.

Surendran, yang juga MP Padang Serai, mendakwa Azman ditembak sebanyak lapan das, manakala Aidi ditembak sebanyak tiga kali.

Surendran mendakwa laporan bedah siasat menunjukkan Azman ditembak dalam keadaan berlutut.

“Laporan bedah siasat mendapati peluru yang mengenai mangsa itu tidak ditembak dari hadapan, tetapi kedudukan peluru menunjukkan ia datang dari atas ke bawah, dan kanan ke kiri”

“Versi polis satu penipuan, kalau betul berlaku tembak-menembak, seharusnya peluru datang dari arah hadapan, bukannya atas ke bawah,” kata Surendren dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR.

Surendren juga mendakwa laporan bedah siasat turut mendapati Azman mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dahi serta kawasan badan yang menunjukkan berlakunya pergelutan.

Tiada ulasan: