Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
MCA baru-baru ini mengumumkan pemilihan parti itu dipercepat dan dijangka diadakan seawal-awalnya bulan depan, manakala pemilihan untuk pucuk pimpinan tertinggi pula pada Oktober ini.
Mengenai tindakan Tee menerima pelantikan sebagai anggota mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Johor, Kong berkata beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung perkara itu.
"Lembaga disiplin hanya boleh bertindak jika ada aduan rasmi. Setakat ini, bagi pihak saya, saya tidak menerima sebarang aduan," katanya.
MCA berpegang kepada resolusi yang dibuat pada 2011 untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam kerajaan, susulan prestasi buruknya pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei lepas.
Bagaimanapun ketika pembentukan majlis mesyuarat kerajaan negeri, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan MCA diperuntuk satu kerusi dalam barisan Exco.
Dalam pada itu, Kong berkata CC juga akan membincangkan keputusan buruk yang dicatat MCA pada pilihan raya berkenaan.
MCA hanya menang tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum itu berbanding 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi DUN pada 2008. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan