Kita tak tahu apa yang Najib fikirkan sekarang- sebab takde apa yang mampu difikirkan. Antara 2 telinga Najib ada ruang kosong yang besar dan gersang. Satu hari dia kata, ini semua angkara tsunami Cina. Dia mengkakaktua apa yang Mahathir kata- UMNO dan BN gagal kerana ada orang Melayu tamak dan Cina tidak mengenang budi.
Kedua kenyataan dari kedua orang adalah suatu yang tidak bertanggungjawab. Semua bisness yang kedua mereka jalankan, dijalankan dengan orang cina. Sahabat baik Najib dari George Kent adalah seorang Cina. Sahabat baik Mahathir majority nya Cina dan merekalah yang Mahathir bentukkan dan bangunkan.
Cuma sukalah kita ingatkan- Mahathirlah yang membuat sempadan semula mencairkan majorti Melayu dalam kawasan Pilihanraya sebab dia rasa orang Cina boleh dipercayai lebih dari orang Melayu. Jadi kita kata- padan muka Mahathir. Padan muka Najib dan UMNO. Bangsa sendiri tidak percaya.
Orang Cina hanya 24% sahaja dari penduduk negara ini. Mana mungkin mereka ambil alih kerajaan. Yang ketakutan sekarang ialah Melayu UMNO. Itu pun pemimpin Melayu UMNO. Ahli biasa tidak perlu takut.
Hanya pemimpin UMNO yang ketakutan dan cemas. Bin Mahathir, bin Razak, Bin Hussin, bin Nazri dan lain2. Sebab semasa kuat dan kukuh, mereka menyamun, merompak, meraih komsiyen, menipu harga dan lakukan apa sahaja untuk menyonglap, menyamun dan merompak.
PLB- bukan projek luar Bandar tapi Peluang Luar Biasa. Jadi satu Malaysia ini kepada pemimpin UMNO dan kroni mereka adalah suatu Projek Luar Biasa. Selagi boleh balun, balun.
Si penyamun dan si perompak tentulah rasa cemas, bila majority rakyat menolak kamu. Jadi untuk menyelamatkan diri, mereka kata lah orang Melayu terancam- sedangkan yang terancam ialah diri mereka sendiri. Semasa bersenang lenang, menyamun dan merompak, kamu balun seorang. Bila susah mahu kongsi bersama?
Tentera orang Melayu, polis orang Melayu, raja2 Melayu semua nya,- jadi bagaimana Cina boleh ambil alih? Anggota kerajaan hampir semua orang Melayu.
Sedari lah- yang terancam ialah UMNO. UMNO jurucakap dan jurubica kumpulan terpilih dan elit- bukan juara kepada kepentingan rakyat terbanyak. Jangan kita meratapi bila semua penyamun dan perompak di jel. Memang itu tempat mereka.
Fakta nya ialah pengundi semua mahukan lebih penglibatan dalam cara bagaimana negara ini ditadbir dan mereka tidak boleh lagi membiarkan tataurus yang lemah dan rasuah. Takkanlah perkara seperti ini susah sangat untuk Najib faham? http://sakmongkol.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan