Khamis, 2 Mei 2013
MCA menentang Perkasa, tapi terima ‘taubat’ Zul Noordin, kata Soi Lek
KUALA LUMPUR — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata MCA menerima naib presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon Barisan Nasional (BN), walaupun sekeras-kerasnya menolak kumpulan berhaluan kanan Melayu tersebut.
Maklum balas oleh presiden MCA tersebut susulan iklan hitam putih yang diletak oleh DAP dalam akhbar harian Cina, Sin Chew Daily dan China Press yang mengatakan undi kepada MCA adalah undi untuk Umno dan Perkasa.
“MCA menentang Perkasa ... Dalam kes Shah Alam dia mengamalkan politk pelampau semasa dia dalam PAS. Lepas dia masuk BN dia sudah insaf dan bertaubat,” kata Dr Chua (gambar) kepada wartawan merujuk kepada Zulkifli yang bertanding di kerusi majoriti Melayu, Shah Alam sebagai calon dipilih secara terus oleh BN.
“Orang yang minta maaf secara terbuka kita terima dengan ikhlas, semua ugama buat demikian.”
Dr Chua juga menghentam DAP kerana mengelirukan pengundi dengan mengatakan satu undi kepada MCA sama dengan satu undi kepada Perkasa, memandangkan kedua-dua organisasi tidak mempunyai kaitan.
Dalam pada itu, Dr Chua berkata ia berbeza dengan mengatakan satu undi kepada DAP adalah satu undi untuk PAS kerana kedua-dua mereka adalah rakan dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan