Shahbudin Husin
Keputusan
pilihanraya yang baru ini tidak menjanjikan masa depan yang baik bagi
Najib. Sementara tiada sebarang pujian yang dittujukan kepadanya, malah
tiada majlis meraikan kemenangan pun diadakan, Najib bahkan sudah
mula menerima kritikan berhubung keputusan buruk kali ini.
Selain pengundi Cina yang tidak memihak kepada BN cuba persalahkan dan api perkauman sedang cuba dibakar untuk menutup kelemahan, bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir juga tidak menjangka Najib mencapai keputusan yang lebih buruk daripada Pak Lah pada 2008.

Malah
Mahathir juga membayangkan Najib bakal berdepan dengan kritikan
daripada dalam UMNO sendiri berhubung keputusan buruk pilihanraya ini,
sambil berkata Najib hanya boleh kekal sebagai Perdana Menteri selagi
UMNO menyokongnya.
Kenyataan
Mahathir yang begitu pantas menyebut Najib lebih teruk daripada Pak Lah
mengingatkan kepada amaran beliau sebelum ini bahawa Najib seharusnya
berundur jika tidak mampu mencapai keputusan yang lebih baik daripada
Pak Lah.
Pilihanraya
2008 menyaksikan Pak Lah mendapat hanya 140 kerusi dan hilang majoriti
dua pertiga. Beliau kemudian dipaksa berundur atas nama peralihan
kuasa untuk menyelamatkan masa depan UMNO. Najib pula hanya mampu
mencapai 133 kerusi, juga hilang dua pertiga dan kemerosotan sokongan
pengundi Cina yang lebih ketara.
Walaupun
Najib dan BN kali ini menghadapi persaingan sengit daripada PR,
hakikatnya beliau telah gagal mengatasi kelemahan Pak Lah walaupun
dalam masa yang sama Mahathir dan seluruh pimpinan UMNO berdiri teguh di
belakangnya. Ini berbeza dengan Pak Lah yang ketika itu menghadapi
tentangan dan ingin dijatuhkan oleh Mahathir.
Keputusan kali ini bukan saja menyaksikan BN berkurangan 7 kerusi Parlimen, tetapi juga kehilangan 71 kerusi DUN berbanding 2008.
Keputusan kali ini bukan saja menyaksikan BN berkurangan 7 kerusi Parlimen, tetapi juga kehilangan 71 kerusi DUN berbanding 2008.
Meskipun
Kedah dapat kembali ditawan dan Perak yang dirampas melalui pintu
belakang dapat dikekalkan, tetapi Najib juga gagal menawan kembali
Selangor yang mana beliau mempertaruhkan dirinya sebagai Pengerusi
Perhubungan UMNO Selangor dan Pengarah Pilihanraya negeri itu.
Ini menjadikan kegagalan Najib lebih berganda sebenarnya.
Malah
dengan trend pengundian kali ini di mana BN hanya kekal kukuh di luar
bandar sementara pengundi Cina, pengundi bandar serta generasi muda
menolaknya, masa depan UMNO dan BN terus menjadi tidak menentu
menjelang PRU 14 akan datang.
Tidak itu
saja, peratusan undi popular rakyat juga jelas tidak memihak kepada BN
di mana pencapaiannya hanya 47 peratus saja manakala PR mampu mengaut
lebih 50 peratus.
Sebagai Perdana Menteri pula Najib sebenarnya mempunyai masa yang terlebih cukup untuk membuktikan keupayaannya sebelum pilihanraya lalu di mana beliau mempunyai tempoh selama 4 tahun sejak mengambil alihnya daripada Pak Lah pada 2009 lalu.

Kebimbangan
kini bukan saja mengenai masa depan UMNO dan BN dalam PRU 14 akan
datang tetapi juga apakah Najib sedia berkorban untuk menyelamatkan
UMNO dan BN? Jika Najib kekal lagi mengemudi PRU 14, jelas bahawa
pencapaian yang lebih baik adalah mustahil.
UMNO dan
BN perlu pemimpin yang lebih baik dan diterima untuk menghadapi
pilihanraya seterusnya.
Mahathir yang dianggap masih berpengaruh dalam UMNO jelas memberi bayangan tentang masa depan Najib apabila mengatakan beliau lebih teruk daripada Pak Lah. Sama ada Najib memahami signal itu atau peralihan kuasa perlu dilakukan dalam pemilihan UMNO yang dijangka hujung tahun ini atau setahun dua selepas itu, hakikatnya pertukaran kepimpinan UMNO merupakan sesuatu yang tidak dapat ditolak lagi jika parti itu ingin bernafas lagi.

Di
mana-mana pun, pemimpin yang gagal harus berundur. UMNO sendiri sudah
meletakkan penanda aras sebegitu untuk memperbaiki halatujunya dengan
Tunku Abdul Rahman melaluinya pada 1969 dan Pak Lah pada 2008.
Najib juga tidak seharusnya lari daripada hakikat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan