Editor BULETIN
Menurut Ketua Penarangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Riduan Mohd Nor, sebagaimana dilaporkan, DAP menolak bulat-bulat cadangan supaya parti itu menyertai BN ekoran penarikan diri MCA dalam kabinet BN selepas prestasi buruk BN dalam PRU-13.
“DAP mempunyai prinsip yang jelas dengan penolakan ini. Mereka adalah parti yang berpegang teguh kepada perjuangan menegakkan kebenaran dan bersama-sama rakyat di belakang mereka yang memberikan sokongan padu dalam PRU-13,
“MCA pula sudah menyatakan prinsip mereka sejak awal lagi dengan menolak menyertai kabinet angkara kemerosotan mereka dalam Pru ke 13. MCA sedar bahawa jika mereka menggotai kerajaan, mereka menjadi kerajaan yang tidak direstui oleh rakyat terbanyak. Rakyat sudah menolak mereka, mengapa pula mereka terhegeh-hegeh menerima jawatan kabinet?,”ujarnya.
Ustaz Riduan dalam kenyataanya hari ini berkata, UMNO sepatutnya sedar dan menginsafi diri. Bukan semua pihak boleh dibeli dan dipujuk sesuka hati.
“Apa yang mereka lakukan dalam PRU ke 13 lebih menyakitkan hati dan jiwa jutaan rakyat yang rindukan suasana demokrasi sebenar terbentuk di negara ini. Malangnya, ruang demokrasi yang sempit ini terus dicengkam sehingga kebenaran tidak lagi terserlah.
“dengan sentimen perkauman yang mereka gendangkan saat ini, tidak wajar mereka pula menghulur tangan persahabatan. Puas ‘menumbuk, menampar dan membelasah’ kaum Cina di media, mereka pula mahu memujuk kaum Cina menyertai kabinet mereka. Wajarkah?
Oleh itu, beliau berkata, sebaiknya UMNO memerintah negara ini sendirian. Tinggalkan kawan dan rakan komponen BN lain yang merudum teruk prestasi mereka. Tinggalkan juga jauh lawan politik mereka di belakang.
Soal beliau, UMNO sudah menang banyak dan besar di negara ini, buat apa perlu rakan komponen atau lawan politik untuk serta kabinet mereka. Bukankah mereka parti yang kuat, hebat dan menang atas sokongan rakyat pelbagai peringkat?
“Buktikanlah sepanjang 5 tahun ini UMNO benar-benar hebat tanpa bantuan dan sokongan sesiapa pun. Buktikan juga bahawa UMNO menang bergaya dengan sokongan rakyat, khususnya kaum Melayu dan mereka tidak perlu lagi sokongan kaum lain.
“5 tahun lagi elok juga UMNO sendirian dengan logo sendiri sertai PRU ke 14 kerana ketika itu parti komponen BN sudah tidak diperlukan dan mereka juga tidak memerlukan UMNO lagi!,”jelasnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan