"MCA boleh mengadakan EGM terlebih dahulu untuk membincangkan perkara itu.
Tetapi walau apapun, kita tunggu hasil mesyuarat Majlis Presiden esok," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri penyampaian pinjaman pelajaran Kojadi di Wisma MCA di sini hari ini.
Para pemimpin MCA telah memutuskan untuk tidak menerima sebarang jawatan kerajaan di peringkat negeri dan persekutuan berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah lebih buruk daripada prestasi mereka pada 2008.
Pada pilihan raya umum 5 Mei yang baru berakhir, MCA hanya menang tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun), berbanding 15 kerusi Parlimen dan 32 DUN yang dimenanginya pada 2008.
Presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengambil langkah melepaskan semua jawatannya yang dilantik, tetapi mendiamkan diri mengenai jawatannya dalam parti walaupun menerima tekanan supaya meletak jawatan.
Berikutan itu, ramai pihak mendesak parti itu membatalkan keputusan itu.
Dalam perkara berasingan, Yik berkata pemilihan parti itu boleh diadakan seawal Oktober, mengambil kira bahawa ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat bulan untuk mengadakan dan menyelesaikan pemilihan di peringkat akar umbi.
"Bagaimanapun ia mesti diadakan tahun ini, selewat-lewatnya Disember. Jadi, ia tidak kira jika kita mempercepatkannya atau tidak kerana ia hanya berkisar mengenai perbezaan satu atau dua bulan," katanya.
Pada 2011, parti itu meminda perlembagaannya bagi menangguhkan pemilihan parti kepada enam bulan selepas selesai pilihan raya umum. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan