Rabu, 22 Mei 2013

Bila Zahid Beri Amaran Jangan Main Api..

MSO
 
Zahid Hamidi nampaknya terus mencipta dan membentuk identitinya sebagai menteri yang bengkeng dan pongoh. Tidak sampai 72 jam dia meminta mereka yang tidak setuju dengan sistem pilihan raya negara ini agar keluar dari negeri ini dan mencari negeri lain yang lebih sesuai, hari ini dia herdik media massa pula.


Zahid berpakaian tradisi Jawa.
Tindakan Zahid ini agak kontras dengan menteri lain yang kelihatan lebih tenang dan bersikap rasional dalam memberi kenyataan bersikap apolegetik pertama sebagai menteri? Masing-masing cuba memberi penjelasan cara baik kepada rakyat agar memahami situasi pilihan raya dan menerima keputusan dengan baik.

Berbeza dengan Zahid Hamidi. Apakah peraturan telah menetapkan demikian seseorang yang menjawat Menteri Dalam Negeri harus ada stail tersendiri, kelihatan tegas dan bengkeng agar orang takut? Boleh jadi juga. Disebabkan Zahid tidak ada misai dan janggut untuk menjadi perisai keberaniannya maka dia kena mengeluarkan kata-kata yang bengis.

Hari ini Zahid dilaporkan memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini agar tidak membuat laporan dengan memutar belitkan kenyataan. Kata Zahid, "anda (wartawan Malaysiakini) selalu putarbelit kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tidak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.

"Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya, anda tulis elok-elok". Begitulah amaran dan herdik Zahid dipetik.

Amboi beraninya si Zahid ini sampai memberi ingatan agar jangan main "mercun" dengannya. Apakah dia masih berfikir Malaysia ini 'mak bapak' dia yang punya. Negera ini ada undang-undang dan menteri tidak semestinya berada di atas undang-undang.

Cara Zahid mengherdik orang seolah-olah dia kebal dengan undang-undang. Suka saya hendak mengingatkan menteri berkenaan, bahawa dunia ini Allah yang punya. Jangan terlalu manggak sangat dengan kuasa. Kuasa boleh pergi dan datang dengan bila-bila masa. Hari ini kamu di atas esok lusa kamu boleh berada di bawah.

Sesungguhnya Zahid telah mewajah dirinya sebagai seorang menteri yang huduh dan buruk. Sikap Zahid bertentangan dengan pembawaan dan perwatakannya sebelum ini. Zahid dikenali sebagai seorang yang memiliki pengetahuan agama lebih mampan dari Najib. Tetapi sedih cara dia bercakap jauh lebih rendah mutunya berbanding dengan Najib bahkan daripada Khairy Jamaluddin pun.

Apakah Zahid sedang dihimpit dengan masalah? Selalunya orang yang bercakap merapu, panas baran tidak tentu fasal fikiran bergelabu dan tidak tenteram. Apa lagi yang Zahid tidak berpuas hati. Apakah keputusan pilihan raya lalu di mana undinya semakin merosot atau ada sebab lain. Dalam pilihan raya lalu undi majoritinya merosot sebanyak 584. Sebab itukah.

Kebiasaanya juga kalau ahli politik jadi panas baran atau tidak tenang kerana masalah rumah tangga. Ada perang dingin di rumah. Apakah Zahid juga termasuk dalam kes ini? Apakah dalam rumah tangganya ada masalah? Apakah kerana beliau hendak berbini satu lagi tetapi dimarahi isterinya? Seorang menteri yang berani sepatutnya tidak ditekan masalah-masalah begitu.

Zahid kata dia tidak akan campur tangan dalam bidang kuasa politik. Jadi kalau Zahid ada masalah rumah tangga janganlah masalah itu dibawah keluar sampai dapat dikesan oleh orang ramai. Bertindaklah dengan bijak dan secara profesional.

Anda berkelulusan agama, berketurunan Ningrat dari Ponorogo, Jawa dan sudah menjadi menteri kanan sepatutnya menjadi contoh dan teladan kepada menteri lain. Kalaupun ada merasa ada kuasa menerusi menteria itu tetapi gunalah sebaik mungkin. Orang tidak akan takut dengan jerkah dan kata-kata huduh dari anda. Orang akan hormat anda sebagai menteri dalam negeri apabila anda tegas, adil dan bertindak tanpa memilih bulu. Beranikah anda menangkap dan menyiasat diri anda sendiri?

Anda memberi amaran kepada Malaysiakini yang suka memutar belit berita. Tetapi dalam masa sama anda lupa kepada apa yang surat khabar anda (Utusan Malaysia) lakukan. Apakah akhbar berkenaan tidak memutar belitkan berita? Jangan bertindak double standard. Kalau anda hendak menegakkan keadilan, bertindaklah dengan penuh keadilan tanpa bias.

Jangan bersikap munafik kuman di seberang laut nampak tetapi gajah atas kelopak mata sendiri tidak kelihatan. Kita tunggu apakah pula amukan Zahid selepas ini dan dalam masa 40 hari

Tiada ulasan: