Dr Firdaus Rahim
“Pembinaan
rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan DUN yang kita (Barisan
Nasional) kalah” Demikian tutur Menteri Besar Terengganu Datuk Seri
Ahmad Said yang telah heboh seantero negara, setelah beliau diberikan
mandat oleh rakyat Terengganu untuk mengemudi bumi Darul Iman.Itu pun
setelah direstui perlantikannya oleh Sultan Terengganu yang kita
hormati. Apa reaksi Tuanku Sultan, saya tidak pasti.
Kami
sayang Ahmad Said (gambar) selaku seorang pemimpin Muslim. Namun sayang
sekali jika sebagai seorang Muslim, kenyataan di atas benar-benar
diutarakan beliau.
Ahmad Said
mengingatkan saya kepada Abdullah Quilliam. Nama mereka mungkin
bermula dengan aksara ‘A’ yang sama, namun pendekatan mereka jauh
berbeza, bahkan lebih jauh antara aksara ‘A’ dan ‘Z’.
Siapakah
gerangan Abdullah Quilliam ini? Abdullah Quilliam merupakan seorang
peguam tersohor di kepulauan British pada penghujung abad ke-19.
Abdullah, setelah memeluk Islam pada tahun 1887, telah membuka masjid
pertama di Britain, di kota raya metropolitan Liverpool yang merupakan
bandaraya kedua dalam Empayar British selepas London.
Abdullah
Quilliam merupakan seorang tokoh masyarakat dan ulama’ yang sangat
dihormati oleh penduduk Liverpool, sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah,
Sultan Abdul Hamid II menggelar beliau sebagai ‘Sheikhul Islam of
British Isle’.
Makanan
percuma Pada tahun 1888, beliau telah memulakan pendekatan
menghidangkan sarapan pagi percuma kepada kanak-kanak miskin yang
kelaparan, tanpa mengira batasan ras, agama dan keturunan.
Walaupun
Islam merupakan agama minoriti di Liverpool pada zamannya (dan masih
sehingga kini), beliau tidak membutakan matanya kepada anak-anak kecil
yang majoritinya berbangsa Inggeris dan beragama Kristian. Demi
kanak-kanak miskin Kristian dan Muslim. Sama-sama disuap, sama-sama
diusap. Namun sayang sekali di Terengganu, hanya 17 kerusi yang ingin
‘disuap’.
Semasa
sambutan hari Natal pula, Abdullah Quilliam akan menggandakan sesi
pemberian makanan. Akhbar tempatan melaporkan antara 200 ke 400 orang
kanak-kanak Inggeris dijamu makanan pada waktu pagi dan antara 400 ke
600 orang kanak-kanak Inggeris disuapkan sandwic daging dan menghirup
teh panas, untuk mengatasi kedinginan musim sejuk yang mencengkam
anak-anak kecil.
Berlaku adil dan berkasih sayang kepada rakyat yang susah, lebih-lebih lagi semasa sambutan hari Krismas, menjadikan Abdullah Quilliam lebih dekat dengan ajaran Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Abdullah Quilliam berlaku adil tatkala Muslim merupakan etnik minoriti.
Berlaku adil dan berkasih sayang kepada rakyat yang susah, lebih-lebih lagi semasa sambutan hari Krismas, menjadikan Abdullah Quilliam lebih dekat dengan ajaran Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w. Abdullah Quilliam berlaku adil tatkala Muslim merupakan etnik minoriti.
Apa susah
sangatkah untuk Ahmad Said berlaku adil semasa memimpin kumpulan
majoriti? Guru hebat, murid sama hebat Lord Stanley of Alderley Edge
merupakan salah seorang tokoh bangsawan yang telah memeluk Islam di
hadapan Abdullah Quilliam.
Semasa
beliau meninggal dunia pada Disember 1903, penyempurnaan jenazah beliau
menjadi konflik antara Abdullah dan paderi-paderi gereja.
Paderi-paderi gereja menyangka Lord Stanley masih seorang Kristian.
Hujah mereka ialah beliau berterusan menyumbang perbelanjaan menyenggara
gereja-gereja sedia ada dan membina gereja gereja baru di tanah-tanah
milih beliau. Justeru mereka berpendapat bahawa jenazah Lord Stanley
mesti diuruskan mengikut tatacara agama Kristian.
Namun
Abdullah Quilliam menunjukkan surat wasiat Lord Stanley yang meminta
agar jenazah beliau disemadikan berdasarkan tatacara Islam. Ini
membuktikan beliau memang meninggal dunia sebagai seorang Muslim.
Sungguh
menarik apabila Abdullah berhujah bahawa beliau terus membiayai
penyenggaraan dan pemulihan gereja-gereja di atas tanah beliau yang
luas itu kerana itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Lord
Stanley sebagai seorang Muslim.
Indah sekali apabila ‘orang kita’ dibiaya, ‘orang mereka’ turut sama merasa. Islam mendidik keadilan Biarpun fizikal Abdullah Quilliam dan Lord Stanley lahir sebagai seorang Kristian, Islam telah membangunkan ruh mereka menjadi pemimpin yang adil.
Indah sekali apabila ‘orang kita’ dibiaya, ‘orang mereka’ turut sama merasa. Islam mendidik keadilan Biarpun fizikal Abdullah Quilliam dan Lord Stanley lahir sebagai seorang Kristian, Islam telah membangunkan ruh mereka menjadi pemimpin yang adil.
Mereka
bertindak sebagai ‘khadimul ummah’, iaitu pelayan kepada ummah,
melangkaui sempadan bangsa dan agama agar rakyat harmoni dan bahagia.
Nama ‘Said’ itu sendiri secara literalnya sudah bermaksud
‘kebahagiaan’.
Justeru,
kami mengharapkan keadilan Datuk Seri memancarkan sinar kebahagiaan
dalam kehidupan kami selaku rakyat. Adilkah jika pada tahun 2008 wakil
rakyat Barisan Nasional daripada ‘team B’ berterusan memulaukan Ahmad
Said walaupun setelah diperkenaan Tuanku Sultan? Adilkah jika seorang
Menteri Besar digaji oleh seluruh rakyat namun hanya berkhidmat dengan
syarat?
Adilkah
jika rakyat di 15 Dewan Undangan Negeri tersebut menolak untuk membayar
cukai pintu dan cukai tanah? Adilkah apabila royalti hasil minyak
negeri Terengganu pernah dinafikan kepada rakyat Terengganu oleh orang
Terengganu sendiri?
Bibir kita
boleh mengetap, namun hati kita pasti boleh menjawab. Rakyat, samada
yang memangkah atau tidak memangkah BN pada 5 Mei lalu, mesti bersikap
adil dengan menghormati Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Demikian
juga Ahmad Said mesti berlaku adil kepada sekalian rakyat Terengganu.
Simbiosis keadilan ini yang akan mewujudkan kebahagiaan dan kemajuan.
Legasi keadilan Setelah seribu tahun, Khalifah Umar Abdul Aziz terus
diingati walaupun hanya memerintah selama dua tahun.
Selepas
seratus tahun, Abdullah Quilliam meninggalkan kesan di hati orang
Melayu walaupun beliau seorang Inggeris. Selepas lima tahun, kami yakin
Ahmad Said boleh bersifat lebih adil daripada kata-katanya.
Legasi ketokohan seorang pemimpin bukan pada tempoh pemerintahan mahupun pada bangsanya. Wibawa seorang pemimpin itu terletak kepada keupayaan melimpahkan keadilan untuk dinikmati seluruh rakyat jelata. Orang Melayu, Cina dan India akan terus makmur dan sejahtera andai legasi Abdullah Quilliam dirasai bersama!
Legasi ketokohan seorang pemimpin bukan pada tempoh pemerintahan mahupun pada bangsanya. Wibawa seorang pemimpin itu terletak kepada keupayaan melimpahkan keadilan untuk dinikmati seluruh rakyat jelata. Orang Melayu, Cina dan India akan terus makmur dan sejahtera andai legasi Abdullah Quilliam dirasai bersama!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan