Rabu, 1 Ogos 2012

Rafizi dicaj bocor akaun NFCorp

KHALILAH GUSTI

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli selepas didakwa di bawah Bafia di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. - Foto Sinar Harian oleh Safwan Mansor
 
NFC: Rafizi Ramli ditahan, dicaj pagi ini
Rafizi(dua dari kiri)di lobi bangunan Mahkamah Shah Alam.Turut kelihatan,Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar, Surendran dan Ahli Parlimen Kuala Selangor,Dr Dzulkefly
 
NFC: Rafizi dicaj di bawah Bafia
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli(kiri) di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini
 
 
[DIKEMAS KINI, JAM 2 PETANG] SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini dicaj di Mahkamah Sesyen di sini, di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) 1989 berhubung isu National Feedlot Corporation (NFCorp), yang menjadi isu kontroversi sejak awal November lalu.

Beliau yang dibawa ke Mahkamah Seksyen 6, di hadapan Hakim Aslam Zainuddin, didakwa di bawah Seksyen 97(1) Bafia.

Rafizi didakwa mendedahkan maklumat rahsia akaun kewangan dan perbankan berkaitan dengan NFC, syarikat projek lembu daging, yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun, bekas ketua eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor itu mengaku tidak bersalah.

Rafizi, 35, didakwa menzahirkan salinan ringkasan akaun empat pelanggan Public Bank kepada konsultan media Yusuf Abdul Alim dan wartawan The Star, Erle Martin Carvelno.

Akaun terbabit adalah milik syarikat NFCorp, National Meat and Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd, dan salinan ringkasan baki milik Pengerusi Eksekutif, NFCorp Datuk Mohamad Salleh Ismail.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Ibu Pejabat PKR, A-1-09, Merchant Square, No 1, Jalan Tropicana Selatan 1, Petaling Jaya, 7 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 97(1) Bafia dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama.

Ia memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM3 juta atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Aslam membenarkan Rafizi diikat jamin RM15,000 selepas dikurangkan daripada RM100,000 yang diminta Pegawai Pendakwa Bank Negara Malaysia, Nahra Dollah. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai penjamin.

Polis menahan pemimpin muda PKR itu di rumahnya di Ampang awal pagi tadi.

Akaun itu dilaporkan dimiliki oleh Salleh, suami Shahrizat dan anak-naka mereka. Salleh membuat laporan polis dan aduan kepada Bank Negara.

Projek itu menjadi kontroversi ekoran kerugian yang dialami, yang pada awalnya didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang dibentang di Parlimen.

Sebelum ini, Rafizi disiasat kerana bertindak bercanggah dengan Bafia, dengan mendedahkan maklumat sulit perbankan NFCorp.

Pada Mei lalu, NFCorp menegaskan  Rafizi harus dipertanggungjawabkan terhadap pencabulan Bafia.
Syarikat itu yang membuat laporan polis dan kepada Bank Negara mendakwa Rafizi telah bertindak mendedahkan kerahsiaan dokumen yang secara jelas tertera perkataan 'sulit dan peribadi' kepada pihak media.

Kenyataan bertarikh 17 Mei lalu syarikat itu menyebut, pada awal bulan itu, Rafizi telah mengedarkan kepada media sepucuk surat bertanda 'sulit dan peribadi' bertarikh 24 April daripada bank terlibat yang telah dialamatkan kepada Johari Mohamad, seorang pegawai bank NFCorp membuka akaun.

Menurut peguam-peguam NFC, semua pencabulan dan sikap tidak hormat  Rafizi terhadap perkara kerahsiaan adalah disebabkan untuk memenuhi agenda politik peribadinya.

Malah menurut para peguam itu, dakwaan Rafizi bahawa NFC sedang memburu 'pemberi maklumat' mengenai NFC adalah salah.

Tiada ulasan: