KUALA LUMPUR — Harga sewa tapak yang mahal serta tapak
sewa dijual dari tangan orang tengah punca barang-barangan persiapan
hari raya menjadi mahal.
Menurut seorang peniaga yang tidak mahu dikenali, beliau terpaksa membayar sewa tapak untuk berniaga sebanyak RM30,000 untuk perniagaan di Masjid India sepanjang bulan Ramadhan ini.
“Walaupun orang ramai berpusu-pusu datang untuk membeli baju kurung dan baju Melayu, tetapi saya masih tidak pulang modal.
“Saya mengambil risiko untuk mengambil pinjaman yang tinggi untuk sewa tapak, selain dari kenaikan harga kos kerana harga material yang semakin meningkat.
“Kenaikan harga material serta sewa mahal punca saya terpaksa meletakkan harga yang lebih tinggi,” kata peniaga baju tradisional Melayu tersebut.
Menurut tinjauan baju Melayu di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India berharga dari RM100 hingga ke RM150 sepasang, sementara kebaya moden sehingga RM200 sepasang.
Pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Siti berkata, harga di sini memang mahal kerana tempat sebegini menjadi tumpuan orang ramai ketika menjelang hari lebaran.
“Disebabkan orang ramai bertumpu ke sini sejak dahulu, sebab itu para peniaga berebut-rebut untuk mendapatkan tapak di sini,” katanya lagi.
“Memang kalau saya perhatikan di sini, harganya agak mahal, tapi kalau nak bandingkan dengan dijual di kedai-kedai besar, mereka mampu jual lebih murah lagi kerana mereka ada stok yang banyak untuk dijual.
“Lagipun mereka mempunyai modal yang besar, sebab itu mereka dapat menjual dengan lebih murah,” kata Siti lagi.
Pengunjung yang ditemui juga berkata lebih ramai lagi menunggu pada malam sebelum hari raya untuk membeli belah kerana harga menjadi lebih rendah kerana peniaga mahu menghabiskan stok.
Menurut pengunjung yang dikenali sebagai Shahir, 24 tahun berkata, harga barangan seperti baju Melayu, baju kurung, butang baju, kain songket dan sebagainya akan turun harga dengan begitu rendah, menyebabkan lebih ramai orang berpusu-pusu ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Masjid India pada saat-saat akhir.
“Pada masa itu, harga runtuh menyebabkan lebih ramai yang menunggu pada malam itu.
“Barangan pada masa itu akan dijual dengan harga lelong,” kata Shahir lagi.
Menurut Shahir, semakin ramai penduduk di Kuala Lumpur tidak pulang ke kampung menyebabkan dari tahun ke tahun pembelian pada malam hari raya semakin menjadi popular.
“Ia sudah jadi tradisi di kalangan mereka yang beraya di ibu kota dan tidak pulang ke kampung halaman (untuk membeli belah pada malam hari raya),” kata Shahir lagi.
Sementara itu, peniaga kuih tradisional Melayu yang dikenali sebagai Liza berkata, kebanyakan dari perniagaan di sini sudah mula diambil alih oleh peniaga asing.
“Saya hairan kenapa orang Myanmar, orang Indonesia atau orang dari Bangladesh menjual barang-barangan orang Melayu?"
“Dengan sewa tapak yang mahal, bagaimana mereka ini mampu menyewa tapak di kawasan ini? Bagaimana mereka dapat wang? Tak mungkin dari bank kerana kebanyakan dari mereka tidak ada dokumen yang sah.
“Jika pendatang tanpa izin ini meminjam dari ah long, bagaimana nasib mereka sekiranya mereka tak mampu untuk membayar?” kata Liza yang ditemui di Masjid India hari ini.
Kebanjiran warga asing di kawasan perniagaan ini sememangnya merisaukan peniaga Melayu seperti Liza.
“Saya berharap pihak DBKL dapat memantau perkara ini supaya nasib peniaga Melayu seperti saya terbela."
“Setiap tahun asyik komplen (mengadu) perkara yang sama tapi masih tidak ada yang berubah,” kata Liza lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan