Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta Kabinet agar
membincangkan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950, yang diluluskan
baru-baru ini, ekoran bantahan dan kritikan pelbagai pihak – pemimpin
Barisan Nasional, Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan.Menerusi
mesej Twitternya malam ini, Najib berkata, sebarang tindakan kerajaan
seharusnya mengutamakan kepentingan rakyat.
“Apa saja kita lakukan, kita harus mengutamakan rakyat,” kata beliau yang kini berada di Makkah.
Kabinet akan mengadakan mesyuarat mingguannya esok, akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam
kenyataan media hari ini, PKR berkata, pihaknya telah menerima banyak
tentangan dari pelbagai sudut masyarakat, termasuk dari ahli-ahli
Parlimen Barisan Nasional (BN) sendiri.
Timbalan
Ketua Penerangan PKR, Sim Tze Tzin berkata, pindaan akta itu meletakkan
beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya
kepada pihak yang menuduh, yang jelas bercanggah dengan dasar dan
prinsip keadilan.
Kelmarin, gesaan berhubung seksyen itu turut dilahirkan oleh Ketua Pemuda BN dan Umno, Khairy Jamaluddin.
Kempen
protes turut meminta orang ramai melahirkan sokongan dengan
menandatangani petisyen. Laman sosial Facebook juga dibuka bagi tujuan
itu.
Dalam
kenyataannya dua hari lalu, Khairy yang juga Ahli Parlimen meminta
perhatian kerajaan untuk menambahbaik Akta Keterangan 1950 yang berkuat
kuasa 1 Jun lalu.
Menurut
beliau, akta tersebut dilihat masih ada kekurangan dan mempunyai ruang
untuk diperbaiki bagi menjamin kebebasan pemilik laman web walaupun
telah dipinda.
Katanya, peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi kebebasan dan kebertanggungjawaban pihak yang mengendalikan web.
Katanya, peruntukan yang dimaksudkan adalah dari segi kebebasan dan kebertanggungjawaban pihak yang mengendalikan web.
“Saya
telah bangkitkan isu beban bukti kepada peguam Negara dan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz untuk mendapat
perhatian yang sewajarnya dari pihak kerajaan,” katanya.
Sebelum
itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah
berkata, terdapat beberapa kelemahan dalam pindaan akta itu.
Rang
Undang-Undang Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 memperlihatkian pindaan
Fasal 2 yang bertujuan mengantikan takrif Komputer yang baru lebih
komprehensif dan selaras dengan takrif Komputer dalam Akta Jenayah
Komputer 1997.
Fasal 3
Rang Undang-Undang tersebut pula memperuntukkan memasukkan seksyen
baru, 114A bagi membolehkan mahkamah membuat anggapan fakta dalam kes
yang melibatkan penyiaran melalui internet.
Semalam, beberapa pengikut akaun Twitter Khairy juga meminta beliau membawa perkara itu ke Parlimen.
Pandangan itu disampaikan apabila Khairy berkata Parlimen akan bersidang mulai 24 September hingga 27 November ini.
Kempen ini
banyak dibincangkan di lamanweb rangkaian sosial dan telah mendapat
liputan meluas daripada organisasi berita antarabangsa.
KL-Today.com turut menyertai kempen berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan