KUALA LUMPUR - Laporan penuh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya akan diserahkan kepada Parlimen Isnin ini sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.
Pengerusinya, Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, sebanyak 22 usul telah dipersetujui, namun tidak dapat didedahkan lagi.
Menurutnya, laporan itu adalah embargo sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat dan dijangkakan pada Selasa atau Rabu ini.
“Saya yakin cadangan yang dikemukakan itu boleh diguna pakai dalam pilihan raya umum (ke-13) akan datang.
“Ini adalah laporan yang menyeluruh serta boleh dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat terakhir PSC hari ini.
Berhubung kenyataan Bersih 2.0, yang mendakwa akan mengadakan Himpunan Bersih 3.0 sekiranya lapan tuntutan mereka tidak ditunaikan, beliau berkata, mereka harus meneliti laporan tersebut sebelum membuat sebarang tindakan.
“Saya berharap agar semua pihak berpuas hati, walaupun ada di antara mereka yang tidak bersetuju dengannya.
“Kami telah bertugas selama enam bulan bagi melaksana tanggungjawab yang diamanahkan dan perkara ini harus diambil kira,” katanya.
PSC yang diumumkan penubuhannya Oktober lalu, dianggotai lima wakil kerajaan Barisan Nasional (BN), tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas.
Khamis, 29 Mac 2012
Pilihan raya: 22 usul, laporan PSC ke Parlimen Isnin
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan