Khamis, 29 Mac 2012

Khairy terima perlantikan PUNB cetuskan khabar rombakan kecil Kabinet.

Nawawi Mohamad, Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Berita berkenaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menerima jawatan sebagai Pengerusi PUNB berkuatkuasa dari 1 April menghairankan kedua –dua pihak dalam arena politik. Semua menunggu tarikh 8 April, bila Menteri Wanita Shahrizat Jalil akan digugurkan dari Kabinet dan lantikan baru dibuat.

Ada gambaran bahawa rombakan kecil akan berlaku, dengan Ng Yen Yen dari MCA ditukar ke Pelancongan mengambilalih portfolio Shahrizat dan MP Rembau,Khairy dilantik Menteri Pelancongan yang baru.

Tapi dengan pengesahan PUNB, nampkanya sekali lagi Khairy diketepikan- kali ini oleh timbalan Shahrizat, Kamilia Ibrahim. Bagi menenangkan Kamilia, yang agak lantang meminta Shahrizat meletak jawatan sebagai Ketua Wanita Umno, {M Najib dipercayai bersetuju Kamilia menjawat portfolia Menteri Wanita. Yen Yen kekal di Pelancongan manakala Khairy bakal menjadi Pengerusi PUNB.

Tiada pilihan kecuali menerima

Perubahan ini sudah tentu kekecewaan besar buat Khairy, lulusan Oxford berusia 36 tahun yang pernah bercita cita menjadi Perdana Menteri Malaysia termuda sebelum berusia 40 tahun. Beliau mungkin masih boleh mencapai cita2 nya tapi bukan sesuatu yang mudah. Di PUNB, beliau mungkin tinggi sedikit dari ketua pengutip hutang agensi tersebut yang ditugaskan membantu mencepatkan proses aspirasi komersil kumpulan kecil Melayu dan Bumiputera.

Bagaimanapun, ia satu kejutan bila Khairy menerima nya dengan senyuman walaupun hati nya mungkin sakit. Sesuatu yang memalukan bagi Ketua Pemuda Umno diketepikan kali kedua untuk jawatan kabinet. Pertama kali ketika beliau menewaskan Mukhriz Mahathir untuk jawatan itu dalam tahun 2009 tapi diketepikan, manakala Mukhriz dan timbalan beliau sendiri,Razali Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Peluang Khairy untuk dipilij semula menyetuai sayao Pemuda Umno pada pemilihan Umno yang dijangka pada tahun ini semakin kurang. Delegasi Pemuda sudah tentu tidak mahu dipimpin oleh ketua yang tidak menjadi pilihan di kalangan pimpinna tertinggi parti.

Najib memilih jalan penyelesaian salah untuk NFC

Najib sudah tentu ada sebab membuat keputusan sedemikian. Musibah NFC ialah isu utama menghantui prospek Umno-BN dalam pilihanraya umum ke 13, yang dijangka akan diumumkan oleh Najib tahun ini. Apa sekalipun, pendapat ramai pemerhati politik veteran , masih banyak cara lain yang lebih baik untuk menyelesaikan musibah NFC selain dari jalan yang dipilih oleh kem Najib.

Setakat ini, terlalu sedikit dibuat oleh Najib untuk menghalang musibah NFC ini,kata pemerhati. Shahrizat mungkin telah digugurkan dari kabinet, tapi jelas ia Cuma satu konsesi. Dengan sokongan diberi kepada nya untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita, Najib memberi satu tanda menakutkan yang beliau menyokong rasuah dalam Umno dan seterusnya Malaysia.

Penganalisa berpendapat rakyat sekarang mula yakin dari dahulu berkenaan salahguna kuasa dan wabak rasuah dalam Umno dan Najib tiada kuasa mengawal atau beliau sendiri ada kepentingan dan bagasi rasuh beliau sendiri. Apapun, sudah terpatri dan Umno harus hadapai PRU 13 dengan musibah NFC RM 250juta bahana Shahrizat sentiasa mengaburi horizon. Projek ternakan lembu yang diberi kepada keluarga nya pada tahun 2006, dengan suami dan anak-anaknya dituduh menyalurkan wang keluar secara tidak sah untuk kepentingan mereka sendiri.

Khairy juga terlibat dalam NFC

Khairy pula dikatakan yang memainkan peranan dalam mendapatkan projek tersebut bagi keluarga Shahrizat ketika bapa mertua nya menjadi perdana menteri ketika itu. Pada masa itu,Khairy mempunyai kuasa dan beliau memilih projek itu bila di minta oleh Badawi membantu Shahrizat, yang kekurangan dana untuk mencabar Rafidah Aziz ke jawatan tertinggi dalam Wanita.

Sekarang, Khairy terpaksa menerima tawaran PUNB untuk tunjukkan beliau iala seorang lelaki budiman dan tidak menyimpan dendam. Jujurnya, apa lagi yang boleh beliau lakukan. Beliau telah menimbulkan kemarahan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan disenaraihitamkan sehingga Mahathir berubah fikiran. Melihat dari pergeseran dalam Umno yang dijangka mengadakan pemilihan parti tahun ini, tiada jalan kelihatan yang Mahathir dan penyokong nya akan memberi muka walau sedikit pun kepada Khairy dan penyokongnya.

Nampaknya Khairy boleh ucapkan selamat tinggal kepada kerusi parlimen Rembau, Najib boleh menggunakan kehilangan prestij dan kekurangan pencapaian sebagai Ketua Pemuda sebagai sebab mengenepikan beliau dalam senarai calun Umno untuk calun pilihanraya.

Bersara awal

Khairy pernah bercita-cita menjadi Perdana Menteri termuda dalam sejarah Malaysia. Semasa bapa mertua nya berkuasa, beliau sepatutnya merangka starategi kerana itulah masa dan peluang terbaik untuknya. Malangnya, beliau membazirkan peluang kerana terlalu sibuk menjana kekayaan dari jualbeli saham. Walaupun memperoleh untung jutaan ringgit, beliau juga alami kerugian. Secara adil, Khairy masih seorang pemuda bertuah dan menikmati kekayaan yang lebih berbanding yang hanya dapat dilihat 99% rakyat Malaysia. Tetapi beliau rasa masih belm dapat apa yang dikehendaki, cuma apa yang dia tidak perlukan.

Ditutbuhkan pada Julai 1991 dibawh Akta Syarikat 1965, operasi perniagaan OUNB menumpu kepada menyediakan pakej pembangunan bersepadu perniagaan bagi membantu peniaga bumiputera dalam sektor peruncitan dan industri kecil sederhana. Pakej pembangunan ini di reka untuk membantu peniaga Bumiputera mengembangkan pemahaman perniagaan,mengekalkan keuntungan dan menajamkan lagi ilmu perniagaan.

Mungkin PUNB tidak berjaya sangat. Kerajaan Umno BN tidak menyebut berkenaan entiti itu atau mencanangkan kejayaan nya, maknanya samada ia tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan atau memang gagal. Tiada ahli politik Umno yang sungguh-sungguh mahu membolot jawatan tinggi PUNB, jelas menunjukkan keadaan sebenarnya.Ia diberi RM400 juta untuk permulaa, tapi hingga kini, tidak banyak yang diketahui mengenai status dana itu atau berapa jumlah yang telah dipinjamkan keluar, berapa yang dapat dikutip semula dan berapa baki dalam buku akaun nya. Pendekata, PUNB ialah satu entiti yang tidak dikenali dan agak tersembunyi operasinya.

Tapi menurut standard operating procedure sejak lima dekad, boleh dijangka pinjaman diberi kepada para kroni dan “UMNOputera”.Semakin cerah peluang untuk lebih banyak kegagalan dari kejayaan. Khairy perlu fokus kan perhatiannya untuk menjadi pengutip hutan terbaik dan dapat mengutip semlua pinjaman2 tersebut, atau beliau akan di anggap gagal.

Melainkan jika Najib sudah berjanji memberi suntikan dana baru kepada PUNB, tiada banyak yang dapat disalur keluar juga. Khairy terpaksa berpuashati dengan apa yang diberi dan merangka strateginya untuk menaikkan semula karier politiknya-itupun jika beliau masih ada cita-cita tersebut.Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: