Harakahdaily, | |
PULAU PINANG: PAS Nibong Tebal merakamkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang membakar bendera PAS dua malam berturut-turut melibatkan sembilan bendera.
(Mujahid melihat gambar bendera PAS yang dibakar)
Peristiwa khianat itu berlaku di markas PAS, Tanjong Berembang di Dun Sungai Acheh.
Laporan polis telah dibuat dan polis diharapkan dapat menjalankan siasatan segera.
Pagi ini , AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof sempat melawat tempat kejadian sambil meminta pihak yang terdesak supaya jangan bermain api.
PAS adalah parti yang dihormati dan menghormati demokrasi, pihak polis diminta menjalankan rondaan di kawasan tersebut kerana ia berlaku dua malam berturut-turut.
PAS tidak akan terkesan dengan tindakan tidak bertamadun ini malah berazam terus untuk memastikan kemenangan bersama rakan dalam pakatan di Dun Sungai Acheh, ujar beliau.
Turut hadir ke tempat kejadian ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Nibong Tebal dan AJK PAS cawangan Simpang Tiga yang baru ditubuhkan.
Beberapa hari sebelum ini satu ceramah besar-besaran berhampiran dihadiri oleh Datuk Deri Anwar Ibrahim dan Dr Mujahid menyaksikan kehadiran yang luar biasa oleh penduduk setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan