WarkahDaily -- Macam Mat Jenin yang tiada perancangan rapi, belum laksana betul-betul lagi dah pun kena tangguh balik. Apa, kerajaan BN yang dianggap hebat tu tiada buat kajian dulu ke atau perancangan rapi ke nak buat sesuatu dasar atau kerja?
Kalau macam tu, kat hebatnya kerajaan Barisan Nasional (BN)? Siapa pun belum lupa, bagaimana projek PPSMI, pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang dibatalkan selepas dibantah ramai pihak.
Belanja nak buat itu semua bukan sikit, malahan memakan berbilion ringgit dengan penyediaan buku dan kelengkapan untuk pembelajaran PPSMI. Tapi tut..tut, hari ini dah batal. Jadi apa hasil dengan peruntukan berbilion ringgit untuk PPSMI? hangus macam tu je ke?
Ini lah hasil daripada tindakan tidak ada masa depan dan tiada perancangan oleh kerajaan Umno-BN sehingga melibatkan kerugian yang besar berbilion ringgit. Jika dah tahu orang bantah masa mula-mula dulu, pasai apa duk gatal sangat nak laksana jugak. Orang bantah bukan hari ini tapi dah lama. Itulah kesan dari sikap sombong dan bongkak kerajaan BN. Berlagak pandai tapi merugikan rakyat.
Sinar Harian -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) mengesahkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan skim itu, yang dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu.
Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan memetik sumber-sumber berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguan semalam telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan SBPA atas beberapa sebab, antaranya kerana rasa tidak puas hati di kalangan sebahagian besar kakitangan awam.
"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.
Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).
Ketika dihubungi awal hari ini, pimpinan Cuepacs juga mengesahkan pelaksanaan SBPA akan ditangguhkan sementara perundingan diadakan dengan mereka.
Timbalan Presiden Cuepacs, Azih Muda berkata Presidennya Datuk Omar Osman turut mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan mengenai penangguhan SBPA.
"Ya betul, SBPA ditangguhkan. Tetapi setakat ini belum ada pemakluman secara hitam putih (daripada kerajaan). Cuma Datuk Omar telah mengadakan pertemuan dengan KSN pagi tadi membincangkan perkara ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.
Sementara SBPA disemak semula, dalam kenyataannya Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.
Najib juga berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.
"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.
Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana.
Sabtu, 14 Januari 2012
Skim gaji SBPA ditangguh: Belum sempat dilaksana, dah pun tangguh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan